Thursday, October 27, 2011

Update Untuk Abang

Semalam cuti Deepavali. Bawak Abang keluar pegi beli mainan. Suruh dia pilih apa sahaja yang dia nak, dan dia pilih kereta remote control berwarna merah. Nampak dia happy dan ceria sangat.

Malam tadi, bawak dia jumpa Ustaz di Bandar Manjalara, Kepong. Ustaz suruh dia minum banyak air putih. Alhamdulillah, semoga Abang cepat sembuh seperti sediakala.

Kakak pun sekarang ni, suhu badan asyik meningkat, on and off, sungguh tidak menentu. nasib baik Adik Aqiff sihat walafiat dah. Telinga pun sudah tidak bernanah lagi. Alhamdulillah Ya Allah.

Dahlah besok nak bertolah pergi Penang. Semoga semuanya berjalan lancar dan anak-anak semuanya ok.

No comments:

Post a Comment