Friday, July 31, 2009

Tumpas

Pegawai dan anggota polis menyusun kira-kira sejuta biji dadah jenis eramin 5 bernilai RM20 juta dan wang tunai yang dirampas semasa sidang akhbar di Pulau Pinang semalam.

Penyeludupan masuk kira-kira sejuta pil eramin 5 melalui pusat kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) yang ditumpaskan polis dalam serbuan di sebuah gudang di negeri itu, Selasa lalu, menimbulkan tanda tanya.

Persoalannya, bagaimana dadah bernilai RM20 juta itu berjaya melepasi kawalan ketat keselamatan di lapangan terbang berkenaan?

Siasatan polis tidak menolak kemungkinan wujudnya penglibatan ‘orang dalam' yang bersekongkol sehingga dadah itu melepasi kawalan keselamatan begitu sahaja.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan :
11 lelaki dan dua wanita berusia lingkungan
20 hingga 50 tahun termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

Thursday, July 30, 2009

Selesema babi semakin bahaya


PUTRAJAYA - Wabak selesema babi atau H1N1 semakin menunjukkan impak yang mencemaskan dengan satu lagi korban dilaporkan menjadikan empat kematian H1N1 dicatatkan setakat ini. Sementara itu, tindakan pencegahan pula menyaksikan 19 lagi institusi diarah ditutup mulai semalam.

Arahan penutupan itu turut membabitkan institusi besar dan ternama seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim selepas empat pelajarnya disahkan dijangkiti H1N1.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob ketika dihubungi semalam melahirkan kebimbangan selepas 30 lagi pelajar sudah mempunyai simptom wabak dan kini cemas menunggu hasil ujian.

"Kita terpaksa menutup kampus selama seminggu dan mengarahkan kesemua 15,000 pelajar mengosongkan asrama sampai 5 Ogos ini," katanya.

Di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican menjelaskan, korban terbaru wabak itu ialah seorang wanita berusia 20 tahun di Melaka kelmarin.

Beliau mengakui perkembangan wabak itu sudah mencapai tahap membimbangkan.
Kosmo Online 30/07/09

Tuesday, July 28, 2009

Doa Menuntut Ilmu Yang Baik


Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan rezeki yang bagus (baik).

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar (makhbul) dan amalan yang tidak dinaikkan (diterima).

Gaji Adalah Hak Mutlak Individu

Soalan 1: Adakah gaji isteri adalah hak mutlak suami, bermakna setiap perbelanjaan isteri terhadap gajinya sendiri perlu meminta izin suami terlebih dahulu dan isteri tidak boleh berbelanja tanpa pengetahuan suami?

Jawapan: Gaji isteri bukan hak mutlak suami, begitu juga gaji suami bukan hak mutlak isteri. Gaji yang diperoleh oleh setiap individu melalui pekerjaan yang dilakukan adalah hak individu. Ini adalah kerana gaji adalah hasil titik peluh masing-masing dan tidak boleh dianggap gaji isteri sebagai gaji suami dan gaji suami sebagai gaji isteri.

Dalam urusan rumah tangga maka suamilah yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyedia makan minum, tempat tinggal dan keperluan-keperluan asas bagi sebuah keluarga.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.(al-Nisa’:34)

Namun hari ini, kita lihat kebanyakan suami isteri berkerja. Adakalanya selepas perkahwinan suami meminta isteri berhenti kerja supaya dapat memberi tumpuan kepada urusan rumah, lebih-lebih lagi sekiranya sudah mempunyai zuriat.

Ada pula suami yang meminta isterinya kerja supaya dapat meringankan tanggungannya memandangkan pendapatannya yang sangat terhad. Biarpun kaum lelaki sepatutnya bertanggungjawab dalam semua hal urusan rumah tangga lebih-lebih lagi dalam urusan mencari rezeki, namun tidak salah kalau dibantu oleh isteri bagi meringankan bebanan suami.

Kadang-kadang lahir pandangan bahawa duit gaji masing-masing punya, gaji suami untuk keperluan suami manakala gaji isteri bagi keperluan isteri, maksudnya suami jangan campur pendapatan isteri dan isteri tidak akan mencampuri pendapatan suami.

Sebenarnya pandangan sebegini boleh merosakkan keharmonian rumah tangga, ini kerana suami isteri mula hidup berkiblatkan material dan hidup untuk kepentingan peribadi. D

ari awal lagi, sebagai seorang suami kena faham bahawa isteri berkerja untuk meringankan suami bukan untuk melepaskan tanggungjawab suami. Adalah salah sekiranya suami menggangap bahawa gaji isteri adalah hak mutlaknya.

Antara yang perlu difahami ialah suami berpendapatan tinggi dan isterinya juga berkerja tidak melepaskan si suami daripada menanggung keperluan isteri, anak-anak dan rumah.

Soalan 2: Sekiranya gaji isteri adalah hak mutlak suami, bolehkah disamakan gaji isteri sebagai nafkah? Bermaksud sudah memadai sekiranya isteri menggunakan gaji sendiri untuk keperluan diri dan anak-anak, maka suami tidak perlu lagi memberi nafkah?

Jawapan: Pendapatan isteri tidak boleh dianggap sebagai hak mutlak suami ini kerana pendapatan itu hak isteri secara mutlak. Hak mentadbir kewangan isteri akan berpindah sekiranya isteri gagal mentadbir kewangan secara betul.

Selain dari itu adalah hak isteri mengurus kewangannya. Pendapatan isteri atau gaji isteri adalah untuk membantu suami dalam meringankan bebanan itupun jika suami tidak mampu menanggung kesemua kos pengurusan keluarga.

Namun, sekiranya ada suami yang beranggapan gaji isteri untuk menanggung segala kos keluarga dan suami lepas tangan adalah tidak betul dan sikap sebegini sikap yang tidak bertanggungjawab.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu).

Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik.

Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.

(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.(al-Talaq: 6-7). Di dalam kedua-dua ayat ini Allah SWT memperincikan tanggungjawab seorang suami ke atas isteri dan keluarganya.

Apa yang penting dalam mengemudi bahtera rumah tangga, ialah memahami peranan masing-masing, suami memahami peranannya dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, isteri juga perlu faham dan memahami tanggungjawabnya dalam membantu dan meringankan bebanan suami. Inilah di antara kunci keharmonian rumahtangga.

Gerhana Matahari Satu Peringatan


Utusan Malaysia, ARKIB : 27/07/2009
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


GERHANA matahari

BELUM pun berpisah dengan bulan Rejab yang mengingatkan kita tentang kekuasaan dan keagungan Allah melalui peristiwa agung Israk dan Mikraj, kita dijodohkan pula dengan peristiwa gerhana matahari yang menyaksikan satu lagi tanda kebesaran dan keagungan-Nya.

Selaku seorang Muslim, apatah lagi yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya peka dengan fenomena alam ini. Seterusnya berusaha memahami iktibar dan pengajaran di sebalik setiap yang berlaku.

Ketahuilah, bahawa kejadian gerhana ini dijadikan oleh Allah bagi menakutkan hamba-hamba-Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya.

Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. (Matahari dan bulan itu) tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang ataupun kelahiran seseorang, tetapi Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan kedua-duanya."

Allah mengingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan biasanya Kami tidak menghantar turun tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). (al-Israk: 59)

Adalah wajar kejadian gerhana dianggap sebagai suatu peristiwa yang menakutkan, kerana tiada siapa pun yang mengetahui apa yang Allah kehendaki daripada kejadian gerhana ini.

Namun, cukuplah sabda Rasulullah SAW dalam khutbah gerhananya ini mengingatkan kita tentang kehebatan Allah dan peringatan-Nya yang tersirat di sebalik peristiwa ini: "Wahai umat Muhammad! Demi Allah! Sekiranya kalian mengetahui apa yang saya ketahui, sudah pasti kalian akan ketawa sedikit dan banyak menangis."

Malangnya, betapa ramai umat Islam pada zaman ini yang memandang remeh dan tidak gentar bertemu dengan kejadian gerhana ini. Sedangkan ia adalah saat-saat yang begitu mencemaskan penghulu sekelian manusia, Nabi Muhammad SAW.

Berapa ramai yang leka dan asyik dengan pekerjaannya, sedangkan para salafussoleh begitu cemas dan gentar. Mereka berkejaran dan bersegera mengerjakan solat dan berdoa apabila menyaksikan fenomena ini sehinggalah kejadian yang mencemaskan ini berakhir.

Diriwayatkan, bahawa seorang Ahli 'Arifin bernama Tawus, apabila melihat kejadian gerhana matahari, beliau menangis ketakutan hingga hampir-hampir menemui maut. Beliau berkata, "Matahari itu lebih takutkan Allah daripada kita."

Ikutan kita yang agung, Rasulullah SAW gementar dan luruh hatinya semasa melihat kejadian ini. Terdapat banyak hadis yang meriwayatkan tentang reaksi cemas Baginda tatkala berlaku gerhana matahari dan bulan.

Di dalam Sahih Muslim diriwayatkan, ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW, terkejut dan bingkas bangun ingin mengambil selendangnya untuk dipakai tetapi terambil baju besinya kerana fikiran dan hatinya yang sibuk dan cemas memikirkan kejadian gerhana yang sedang berlaku.

Baginda SAW menjadi begitu cemas kerana takut sekiranya Allah menurunkan bala atau mengisyaratkan akan berlakunya kiamat berikutan gerhana tersebut.

Kebimbangan Nabi SAW ini menyebabkan Baginda memanjangkan doanya dan mencucurkan air mata, lebih-lebih lagi memikirkan nasib umatnya.

Hal ini disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al Syamail al Muhammadiah, Abdullah ibn 'Amru r.a berkata: "Pada masa Rasulullah SAW (hidup), pernah terjadi gerhana matahari.
Maka Rasulullah SAW mengerjakan solat hinggakan seolah-olah Baginda SAW tidak akan rukuk (kerana terlalu lama berdiri). Kemudian Baginda SAW rukuk, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya.

"Kemudian Baginda SAW mengangkat kepalanya, seolah-olah Baginda SAW tidak akan sujud. Kemudian Baginda SAW sujud, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya (dari sujud).
Kemudian Baginda SAW menghembuskan nafasnya dan menangis seraya berdoa:
"Wahai Tuhanku! Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepada-Mu".

Apabila Baginda SAW selesai melakukan solat dua rakaat, matahari terang kembali. Baginda SAW pun berdiri, lalu mengucapkan pujian kepada Allah. Kemudian Baginda SAW pun bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah.
Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahiran seseorang. Apabila terjadi gerhana, bersegeralah kalian berzikir mengingati Allah".

Sesungguhnya Baginda SAW tidak mengalirkan air mata kerana dirinya sendiri, tetapi Baginda mengalirkan air mata semata-mata kerana mengenang dan kasihkan umatnya serta bimbang Allah akan mengazab mereka disebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan.

Lihatlah betapa dalam dan suci kasih Rasulullah SAW terhadap umatnya. Walaupun berada dalam keadaan cemas dan ketakutan, Baginda SAW tidak pernah melupakan kita.

Justeru, renungilah, apakah yang kita lakukan demi Baginda SAW? Apakah pengorbanan yang pernah kita lakukan demi mempertahankan agamanya yang tercinta?

Allah SWT dengan segala keperkasaan dan keagungan-Nya, mampu menjadikan atau tidak menjadikan kejadian gerhana matahari dan bulan. Namun, dari perspektif ilmu saintifik yang dicanang oleh sebahagian saintis moden mengatakan semua itu berlaku secara nature yang mesti berlaku mengikut kiraan ilmu bintang yang mereka cipta.

Semuanya itu tidak diyakini dengan pasti, malah berdasarkan sangkaan semata-mata, menurut agakan dan ukuran fikiran mereka yang masih rendah. Sedangkan Nabi SAW menyebut bahawa matahari dan bulan adalah tanda kebesaran Allah dan peristiwa gerhana dijadikan oleh Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya.

Hikmah di sebalik kejadian gerhana

Terlalu banyak hikmah tersirat di sebalik kejadian ini sebagaimana yang banyak disebut oleh ulama. Di antaranya ialah:

~Menzahirkan penguasaan dan pentadbiran Allah terhadap matahari dan bulan.

~Menerangkan kejelikan dan kebodohan orang-orang yang menyembah matahari dan bulan. Firman Allah yang maksud-Nya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian malam dan siang, serta matahari dan bulan.
Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, sekiranya benar kamu hanya beribadat kepada Allah. (al-Fussilat: 37)

~Menggementarkan hati orang-orang yang berasa tenang dengan kelalaian dan dosa-dosa yang dilakukannya.

~Memperlihatkan kepada manusia contoh-contoh peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat sebagaimana firman Allah: Maka (hari Kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. (al Qiyamah 7-9)

~Menggambarkan Allah mungkin akan mengazab orang yang tidak berdosa.
Merenung hikmah-hikmah ini, terlintas di fikiran saya, apakah kejadian gerhana matahari yang Allah datangkan sejurus selepas sambutan Israk dan Mikraj merupakan peringatan daripada Allah kepada hamba-hamba-Nya yang masih lagi lalai dan belum juga insaf dengan segala maksiat yang dilakukan sama ada maksiat zahir atau batin.

Sekalipun telah diperingatkan tentang kekuasaan-Nya melalui peristiwa Israk dan Mikraj?
Apakah telah hampir masanya untuk Allah menunjukkan kehebatan dan kekuasaan-Nya yang sebenar? Moga-moga Allah menggolongkan kita di antara hamba-Nya yang sentiasa sedar dan terselamat daripada kemurkaan-Nya

Amalan sunat semasa gerhana

Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

~Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi".

~Berzikir dan beristighfar. Abu Musa berkata: "Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

~Berlindung daripada azab kubur. Diriwayatkan oleh Aisyah ra: "Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur."

~Bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah."

~Memerdekakan hamba. Asma' ra berkata: "Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. "Dalam satu riwayat: "Gerhana bulan."

~nilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.
Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tinggalkanlah sunnah ahli bidaah kerana inilah jalan yang membawa kecelakaan di dunia dan akhirat.

Monday, July 27, 2009

Manusia Mudah Lupa...


Seramai 15 juta orang meninggalkan secawan teh sehingga sejuk hari ini, sementara kira-kira jumlah penduduk dunia yang sama akan terlupa di mana mereka meletakkan kunci kereta atau rumah.

Manakala 12 juta lagi pergi ke kedai dan betul-betul lupa apa yang perlu dibeli. Jumlah manusia yang sama juga akan lupa mengenai pakaian basah dalam mesin basuh, menurut kajian yang dijalankan oleh National-Lottery.co.uk.

Nombor PIN, kata laluan dan kerja rumah seperti mengeluarkan makanan sejuk daripada peti ais malam sebelumnya dan mengecas telefon bimbit juga merupakan antara yang tersenarai dalam kajian itu.

Kajian sama juga mendapati lelaki lebih berkemungkinan lupa mengenai sesuatu berbanding wanita - walaupun kaum hawa secara amnya mempunyai lebih banyak perkara yang perlu diingati.

Jurucakap National Lottery berkata, orang British lebih sibuk kini dengan pekerjaan dan kehidupan peribadi, jadi kita mempunyai terlalu banyak untuk disimpan dalam minda yang terlalu berserabut.

"Gaya hidup moden yang sibuk, peningkatan bebanan kerja dan tekanan turut memainkan peranan. Namun teknologi moden seperti komputer, telefon membantu kita mengingati perkara penting setiap hari," katanya.

Kajian juga menunjukkan, ramai orang sering terlupa temujanji penting, nama kawan lama, anak sendiri, tarikh ulang tahun sendiri dan pasangan serta ulang tahun perkahwinan.

ANTARA YANG PALING DILUPA

~Membiarkan secawan teh sehingga sejuk
~Di mana anda letakkan kunci
~Untuk apa anda ke kedai
~Pakaian basah di dalam mesin basuh
~Mengecas telefon bimbit / iPod
~Di mana anda letakkan kenderaan
~Menyiram pokok bunga
~Umur sendiri
~Membeli susu
~Mengunci kereta
~Di mana anda letakkan dompet
Sumber: Utusan Malaysia

Thursday, July 23, 2009

Seronoknya bayiku mandi

Bayi belum boleh mengawal otot leher jadi sokongan tangan di belakang leher bayi amat penting.

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL, Utusan Malaysia

RASA gugup, kekok dan takut bayi terlepas daripada pegangan kerana saiznya yang kecil dialami oleh hampir kesemua ibu dan bapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata.

Kurangnya keyakinan untuk memegang bayi ketika mandi mungkin boleh diatasi apabila ibu atau bapa mempunyai ilmu tentang cara memandikan bayi mereka.

Pakar pediatrik, Dr. Zulkiflee Ismail berkata, memandikan bayi bukanlah sesuatu yang susah biarpun bagi ibu bapa yang baru menimang anak.

Perkara paling utama sebelum memandikan bayi ialah memilih masa yang sesuai untuk ibu dan bayi. "Jangan buat dalam keadaan tergesa-gesa. Memang mandian pada kali pertama membuatkan ibu atau bapa gugup kerana mereka merasakan bayi sebagai satu objek lembut.

"Sebelum memandikan bayi, pastikan ibu atau bapa menyediakan perkakas mandi selengkapnya agar mudah untuk dicapai ketika memandikan bayi mereka," jelasnya ketika menyampaikan ceramah panduan memandikan bayi dalam satu bengkel anjuran Johnson di Bukit Jalil Golf and Country Club, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ibu bapa perlu ingat bayi yang baru lahir iaitu di bawah umur 10 minggu mudah menjadi sejuk atau dalam istilah perubatannya hipotermia. Justeru elakkan bayi daripada terdedah kepada keadaan sejuk kerana apabila ia berlaku boleh menjejaskan kesihatan bayi secara keseluruhan.

"Kebanyakan rumah kini dilengkapi alat pendingin hawa, jadi sebelum membuka baju bayi untuk mandi pastikan suhu bilik tidak terlalu sejuk. "Pastikan juga lantai bilik air kering dan ketika memandikan bayi ibu atau bapa lebih baik dalam posisi duduk daripada berdiri.

"Paras air di dalam bekas mandi bayi sebaik-baiknya setinggi lapan sentimeter, iaitu lebih kurang paras atas dada bayi. "Kalau bilik mandi tidak dilengkapi dengan pancuran pemanas air (water heater), isi air sejuk dulu dalam besen mandi kemudian baru masukan air panas. Amalan memasukkan air sejuk sebelum air panas penting untuk mengelakkan kemalangan akibat kecuaian.

"Kemudian suhu air ditentukan dengan cara menguji dengan siku atau tapak tangan. Sebaiknya ibu bapa menggunakan pembersih badan dan rambut top-to-toe agar mata bayi tidak pedih apabila terkena percikan air bersabun," jelas Dr. Zulkiflee.

Berbalik kepada persediaan sebelum memandikan bayi, beliau berpesan, selepas menanggalkan pakaian bayi segeralah balut badannya dengan tuala.

"Jangan terus rendam bayi dalam besen mandi. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bersihkan mata, muka serta leher bayi menggunakan kapas tersebut. Pastikan bahagian leher dan kelengkang bayi dicuci dengan betul kerana bahagian tersebut mudah dijangkiti kulat.

"Selepas bersihkan bahagian wajah dalam keadaan masih berbalut tuala, syampu rambutnya bilas dan terus keringkan dengan tuala, ini penting kerana suhu kepala yang menjadikan seluruh tubuh bayi sejuk," kata Dr. Zulkiflee.

Memang diakui ramai ibu bapa gerun apabila hendak memasukkan bayi dalam tab mandi.
Menurut beliau, bayi memang tidak boleh mengawal otot leher jadi sokongan tangan di belakang leher bayi amat penting sebelum sebelah tangan lagi membersih badan bayi.

Ibu juga boleh menggunakan tuala kecil untuk membersihkan bayi. "Apabila selesai mandi, keluarkan bayi dari air dari bahagian kepala dan bahu dulu, satu tangan ibu menyokong di bahagian punggung dan terus ke tuala dan balut," ujar beliau.

Dr. Zulkiflee berkata, memang ada ibu bapa yang takut memandikan bayi kerana melihat tali pusat bayi yang seakan-akan tertanggal. Nasihat beliau, tidak perlu khuatir kerana tali pusat bayi biasanya akan tercabut sendiri dalam masa empat hingga sepuluh hari selepas lahir.

"Ibu bapa tidak perlu panik yang penting selepas tanggal tali pusat, gunakan spirit yang dibekal oleh pihak hospital untuk menyapu di keliling pusat supaya jangkitan tidak mudah berlaku.
Pusat adalah tisu kering dan apabila kering, kuman memang mudah membiak di situ, pastikan juga lampin pakai buang yang dipakai tidak terkena bahagian pusat bayi," tambah Dr. Zulkiflee.

Wednesday, July 22, 2009

Sleepless in KL


Defining insomnia and looking at some of the reasons why many of us can’t sleep well.

I HAVE been riveted by the rumours surrounding Michael Jackson’s death and the possible causes. One reason, I read, is due to the fact he had been taking a lot of prescription medicines and the powerful anaesthetic, Diprivan, for chronic insomnia. I, too, suffer from chronic insomnia and am afraid of what might happen. Is chronic insomnia very common?

Insomnia is indeed a very common disorder, estimated to affect as much as 30 to 50% of the population. Most of us have experienced it at least once in a lifetime. People from all ages are affected, and women more than men.

However, chronic insomnia occurs in 10% of the population.

Insomnia means difficulty in initiating or maintaining sleep, or both. If you don’t get eight hours of sleep a day, it doesn’t mean you have insomnia! Different people require different durations of sleep.

Also important is the quality of sleep. You must wake up feeling refreshed, or you know you have not had enough sleep.

This is how insomnia is classified:

1. Transient insomnia – insomnia symptoms lasting less than a week

2. Short-term insomnia – symptoms lasting between one and three weeks

3. Chronic insomnia – symptoms lasting for more than three weeks

Women are affected more than men? Why? Is it because they are more easily stressed?

Men are also every bit as stressed as women, but anxiety does seem to affect the female population more. Nevertheless, pregnant women and women around menopause do frequently experience insomnia.

Other high risk groups likely to be affected by insomnia include frequent travellers who cross different time zones regularly, thus contributing to jet lag, older people, adolescents going through puberty, and young adults.

People who drink stimulants with caffeine in it, such as coffee or tea, are also at higher risk for insomnia. People who smoke and drink alcohol are also afflicted.

Lots of people with a disruptive bed partner (usually the male) who snores loudly and excessively or has restless leg syndrome are also frequently afflicted with insomnia.

What causes insomnia? I know that when I feel very stressed, I can’t sleep.

Transient and short-term insomnia are mostly caused by factors such as:

·Environmental – loud noises, unpleasant noises such as a neighbour’s TV, a neighbour’s dog barking, room temperature that is not optimal (too hot or too cold), and so on.

·Situational – stress caused by transient life situations (exams, death of a loved one, quarrels, divorce), an acute illness, jet lag, a change in shift work (such as if you are a nurse who now has to work nights instead of days).

·Drugs – high blood pressure medications, certain cold and asthma medications, medications used to treat depression or anxiety, withdrawal from alcohol, sedatives, drugs or stimulants.

Chronic insomnia is usually caused by a long-term underlying medical or psychiatric/psychological condition. The most common psychological/psychiatric disorders that can cause insomnia are anxiety, long-term stress, depression, mania, and schizophrenia.

The most common medical problems causing insomnia are anything that gives you chronic pain (rheumatoid arthritis, etc), chronic fatigue syndrome, heart disease, acid reflux, chronic obstructive pulmonary disease, obstructive sleep apnoea and nocturnal asthma (you are unable to breathe properly at night), Parkinson’s disease and Alzheimer’s disease, strokes and brain tumors.

What can I do? Is medication the only cure for insomnia?

Transient insomnia usually resolves when the underlying cause is removed, such as if you have jet lag, after a while, you will acclimatise to your new time zone. Or if you couldn’t sleep because your son is having his SPM and you are worried for him, you will be able to sleep again once he has passed his SPM with flying colours!

Insomnia treatment is always focused on finding the cause and eliminating it or suggesting a change in life behavioural patterns for it. Medicine should only be taken if all these measures don’t work.

Basic rules for getting a good night’s sleep include:

>Sleep only as much as you need. Don’t oversleep just because your wife needs eight hours of sleep while you only need six! The amount of hours you need will be determined by whether or not you feel rested.

>Exercise at least 20 minutes a day, but do it four to five hours before your bedtime.

>Don’t drink anything with caffeine later than the afternoon. Don’t smoke in the evening. Don’t go to bed hungry, take a light snack if you must.

>Don’t eat or drink too much near your bedtime.

>Sleep and wake at the same time every day.

>Don’t watch TV, eat, or read in bed. If you can’t sleep after 30 minutes, do something relaxing. Don’t force yourself to sleep.

>Don’t take afternoon naps. At night, make sure your room is dark and quiet.
- The Star

Pengguna Facebook 250 Juta

Utusan Malaysia, ARKIB : 17/07/2009

SAN FRANCISCO 16 Julai – Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg hari ini menyatakan jumlah mereka yang menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian itu meningkat kepada 250 juta orang.

Zuckerberg dalam mesej yang disiarkan dalam blog rasmi Facebook berkata, perkembangan pesat itu membuatkannya terharu dan teruja.

“Bagi kami, peningkatan kepada 250 juta pengguna bukan sahaja sebagai angka yang mengagumkan tetapi juga sebagai ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang anda telah lakukan,” jelasnya.

Palo Alto, ibu pejabat Facebook di California yang ditubuhkan pada 2004, menjadi perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian yang paling popular mengalahkan MySpace yang dimiliki oleh News Corporation.

Pada Isnin lalu, syarikat Internet Rusia menawarkan AS$100 juta (RM358 juta) untuk membeli saham daripada pekerja-pekerja Facebook melalui perjanjian yang akan meningkatkan nilai perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian kepada AS$6.5 bilion (RM23.3 bilion).

Syarikat Rusia, Digital Sky Technologies (DST) itu melabur sebanyak AS$200 juta (RM716 juta) ke atas Facebook pada Mei lalu dan menawarkan sebanyak AS$14.77 juta (RM52.8 juta) untuk satu unit saham biasa Facebook.

Tawaran tender itu akan ditutup pada Ogos ini, kata jurucakap DST, Jennifer Gill.
Zuckerberg yang juga ketua eksekutif Facebook berkata, keputusan untuk menjual saham-saham itu terletak di tangan para pekerja dan tawaran itu dikatakan akan mengiktiraf pertumbuhan Facebook serta menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung.

Syarikat gergasi perisian komputer AS, Microsoft telah membeli 1.6 peratus kepentingan dalam Facebook bernilai AS$240 juta (RM859 juta) pada 2007, perjanjian yang meletakkan nilai syarikat itu kepada AS$15 bilion (RM53 bilion). – AFP

Monday, July 20, 2009

Air Bersih Badan Sihat


SETIAP hari kita disarankan mengambil antara lapan hingga 10 gelas air. Jumlah ini amat penting memandangkan 70 peratus daripada keseluruhan tubuh manusia terdiri daripada air.

Air secukupnya diperlukan bagi menyahtoksik dalam badan, melincirkan sendi dalam sistem kerangka, menyokong sistem dan organ pencernaan, mengawal suhu badan dan menghantar nutrien serta oksigen ke sel-sel badan.

Namun, adakah kita benar-benar mematuhi saranan ini dan yakinkah kita bahawa air yang diminum setiap hari mampu menjalankan tanggungjawab yang disebut?

Pakar Air Bertauliah dari Persatuan Kualiti Air (WQA) dan perunding Elken Bio Pure, Michael Robert Long berkata, setiap lima hingga 13 hari, air di dalam keseluruhan badan kita akan diperbaharui

"Jika air yang meliputi 70 peratus badan kita adalah bersih, maka sel badan akan mempunyai persekitaran sihat dan segar," katanya. Menurutnya, air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko pertumbuhan sel-sel abnormal, menghalang penyebaran toksin dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.

"Selain air yang kita minum, pelbagai lagi bendasing termasuk yang tidak baik terkandung di dalamnya. Saya tidak mahu benda lain, saya hanya mahukan air," ujar Long.

Beliau menjelaskan, air yang kita minum hari ini semakin tidak selamat kerana beberapa faktor. Antaranya pencemaran sumber air dan juga proses pengklorinan bagi menghasilkan air bersih yang disalurkan ke paip setiap rumah. Bahan kimia yang terbentuk ketika pengklorinan, menurut satu kajian yang pernah dijalankan, sangat berkait rapat dengan kecacatan bayi ketika lahir.
Kata Long lagi, pengklorinan dan penapisan mekanikal tidak menghilangkan arsenik daripada air. Malah, merebus air boleh meningkatkan kandungannya lagi. Arsenik dalam minuman boleh mengundang risiko kanser dan penyakit paru-paru.

"Kerana itu kita perlu memastikan air yang diminum dirawat dengan sepatutnya seperti menggunakan kaedah osmosis songsang yang terdapat pada penapis air tertentu," katanya lagi.
Ketahui banyak lagi fakta menarik mengenai air dengan mengunjungi Ekspo Pendidikan Air Elken H20: Tahukah Anda… Misi Penerokaan!

Dianjurkan oleh Elken Bio Pure, ekspo air pertama seumpamanya di Malaysia ini dibuka kepada orang ramai secara percuma sejak 23 Mei lalu hingga 16 Ogos ini. Ia diadakan di Pusat Konvensyen Elken di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Penganjuran ekspo itu bukan hanya bertujuan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan air. Pada masa yang sama, ia mendidik pelawat mengenai kandungan mikro organisma dalam air yang tidak dirawat dan pelbagai cara merawat air.

"Satu ketika dahulu, kita semua tidak menghargai bekalan air yang terdapat dalam kuantiti yang banyak di muka bumi ini. Tetapi hari ini, air dikhuatiri semakin menjadi satu komoditi penting dan mungkin akan diletakkan pada harga yang tinggi atau lebih tinggi daripada petroleum," ujar Long.

Menurutnya, air adalah salah satu sumber yang paling bernilai di dunia tetapi sayangnya kita terus mengeksploitasikannya. "Banyak yang telah diperkatakan dan ditulis tentang air. Namun kebanyakan daripada kita kurang menghargainya," katanya.

Menurutnya, tidak ramai yang sedar bahawa banyak lagi fakta tentang air yang tidak diketahui orang. Justeru, katanya, ekspo itu bukan sahaja bersifat mendidik tetapi juga inovatif dan menyeronokkan kerana pihak penganjur akan membawa pengunjung melalui suatu perjalanan sejarah, geografi dan sains tentang air.

"Ia juga akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang air, kepentingannya pada kesihatan dan bagaimana kita boleh memainkan peranan yang penting dalam memelihara komoditi berharga ini," kata Long.

Katanya lagi, sama ada orang dewasa ataupun kanak-kanak pasti terpesona menyaksikan "ensiklopedia air sebenar" yang menawarkan pengalaman deria dan perjalanan yang menyeronokkan kepada pengunjung.

Beliau menjelaskan, perjalanan itu bermula dengan pandangan dari udara ke atas sistem solar dan keunikan planet biru kita. Daripada ketakjuban sistem planet, Long berkata, perjalanan ilmu itu diteruskan ke padang pasir atau kawasan gurun yang hampir-hampir tiada air, kemudian beralih pula ke suatu tempat ekstrem di mana air terkunci di dalam bongkah-bongkah ais dan glasier.

Pengunjung kemudian akan memasuki alam lautan dan meneroka fakta luar biasa tentang hidupan laut sambil mencari-cari makhluk aneh yang tersembunyi dari mata kasar.

Penerokaan seterusnya akan membawa pengunjung ke sumber air bumi dan memahami mengapa air begitu banyak, tetapi air yang boleh digunakan pula terlalu sedikit.

"Jangan lupa mencuba replika skru Archimedes iaitu peralatan orang zaman purba mengepam air," katanya. Selain itu, melalui ekspo ini anda juga akan mempelajari bagaimana untuk menjimatkan sumber berharga ini. Dan, jangan lupa menandatangani perjanjian untuk menjimatkan penggunaan air setiap hari bersama ribuan pengunjung lain di dinding yang disediakan.

Pengunjung juga dapat menyaksikan pameran oleh Yayasan Hidupan Liar Dunia (WWF) dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan yang turut serta sebagai penganjur bersama ekspo air pada kali ini.
Ekspo ini dibuka pada pukul 2 petang hingga 8 malam dari Isnin hingga Jumaat manakala pukul 10 pagi hingga 8 malam pada Sabtu dan Ahad. Masuk adalah percuma. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.whatsh2o.com/.

Fakta menarik mengenai air
l Seekor gajah dapat mengesan air sejauh tiga batu. Gajah dapat menyedut sebanyak dua gelen (7.5 liter) air ke dalam belalai setiap kali minum.

l Beruang koala tidak minum air, kerana daun eucalyptus yang dimakannya membekalkan air secukupnya.

l Tikus kanggaru mahir hidup di kawasan gurun. Tikus ini minum sedikit air atau tidak minum langsung tetapi bergantung pada air yang dimetaboliskan daripada bijian yang dimakannya.

l Seekor zirafah boleh berjalan lebih lama tanpa air berbanding seekor unta. Ini kerana ia menyimpan tenaga sehingga tidak mudah berasa dahaga.
Utusan Malaysia, 20/07/09

Tuesday, July 14, 2009

Solat Duha Sebagai Roh Rezeki

ARKIB : 10/07/2009 Berita Harian
Oleh ZUARIDA MOHYIN


REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.

Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.

Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.
Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27)

Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?

Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata. Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.

Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan.

Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah. Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.

Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat duha ini. Bertepatan dengan seruan itu, PTS Millennia Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif menerbitkan buku berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duha yang telah diterjemahkan daripada buku Menyingkap Mukjizat Shalat Dhuha karya Muhammad Mokhtar. Buku ini memotivasikan kita agar tidak sahaja kaya wang tetapi pada masa sama membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di sana.

Ia juga membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim.
Disokong dengan bukti-bukti yang menjelaskan bahawa melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang berganda dan diberkati.

Monday, July 06, 2009

Kapal pesiar terbesar di dunia

Utusan Malaysia 06/07/09
Susunan ABD. HALIM HADIhalim.hadi@utusan.com.my


SELEPAS pembinaan Eclipse kira-kira dua tahun lalu, kapal milik jutawan terkemuka Rusia, Roman Abramovich kini menerima sentuhan-sentuhan terakhir sebelum dilancarkan sebagai kapal pesiar peribadi terbesar di dunia.

Jentera pelayaran berukuran 170 meter panjang yang dijangka diserahkan kepada Abramovich selewat-lewatnya pada 2010 itu bakal memecahkan
rekod kapal pesiar terbesar pada masa kini, Dubai yang dimiliki pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum berukuran 161 meter panjang.

Kerja-kerja menyiap dan menghias Eclipse kini giat dilakukan di limbungan milik Blohm & Voss di Hamburg, Jerman iaitu syarikat perkapalan yang sama menghasilkan Bismark, kapal perang milik tentera British yang paling digeruni suatu ketika dahulu.

Dilindungi sepenuhnya daripada tontonan umum, pembinaan kapal pesiaran keempat milik taikun minyak itu dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya AS$350 juta (RM1.25 bilion). Tiga lagi kapal milik Abramovich adalah Pelorus yang berukuran 377 kaki panjang, Ecstasea (282 kaki) dan Sussurro (160 kaki).

Seperti yang dilaporkan oleh media Jerman baru-baru ini, pelayaran pertama Eclipse akan membawa Abramovich dan teman wanitanya, Daria Schukowa ke Afrika Selatan untuk menyaksikan Piala Dunia pada tahun depan.

Berbeza dengan kapal-kapalnya yang lain, Eclipse bukan sekadar kapal pesiar biasa. Dengan saiz hampir menyamai kapal Queen Mary II, ia dilengkapi dengan segala kemewahan seolah-olah sebuah mahligai di tengah-tengah lautan.

Bukan sembarangan. Eclipse yang mempunyai kuasa kelajuan 40 knots itu dilengkapi sistem perlindungan anti peluru berpandu yang berfungsi 24 jam melindungi anak-anak kapal daripada sebarang ancaman dari udara.

Selain itu, sebagai jaminan keselamatan peribadi lelaki kedua paling kaya di Rusia itu, Abramovich juga menempah sebuah bilik persembunyian seluas 5,000 kaki persegi yang dibina dengan dinding dan tingkap kalis peluru.

Paling menarik, Eclipse dilengkapi sebuah kapal selam yang tersembunyi di bawah perut kapal bagi membolehkan pemiliknya melarikan diri tanpa disedari sekiranya berlaku serangan lanun.
Kelengkapan lain termasuk dua tempat pendaratan helikopter, tiga bot pelancar dan 20 jet ski. Sebagai mahligai bergerak, ia mempunyai dua kolam renang, panggung wayang, disko dan restoran.

Dengan segala kemewahan tersebut, kos tahunan untuk menggerakkan jentera yang memerlukan sekurang-kurangnya 70 anak kapal itu dianggarkan mencecah AS$20 (RM 70 juta.
Sebelum ini, kos setangki minyak untuk kapal Pelorus sahaja sudah mencecah AS$ 120,000 (RM420,000).

Tetapi perbelanjaan setinggi itu bukanlah sesuatu yang terlalu luar biasa bagi lelaki berusia 42 tahun itu. Seperti yang dilaporkan majalah Forbes pada Mac lalu, pemilik kelab Chelsea itu mempunyai kekayaan bernilai AS$8.5 bilion (RM29.75 bilion) menjadikannya manusia ke 51 terkaya di dunia.

Menggunakan tiga kapal yang sedia ada, Abramovich sebelum ini sering dilihat membawa rakan, pemain Chelsea, penaja pasukan dan rakan perniagaannya ke beberapa lokasi kegemaran seperti Monaco, Portofino, Cannes, Amerika Selatan dan Kepulauan Caribbean.

Sementara itu, pembelian kapal pesiar mega itu turut melonjak reputasi jutawan Rusia sebagai golongan kedua terbesar di dunia yang memiliki kapal-kapal paling mewah selepas jutawan Arab (yang memiliki empat kapal terbesar di dunia ketika ini).

Broker syarikat perkapalan Nigel Burgess, Jonathan Beckett berkata, sekurang-kurangnya 20 peratus daripada tempahan kapal yang melebihi saiz 200 kaki panjang datang daripada jutawan Rusia.

"Sambutan yang ditunjukkan mereka sekarang sama seperti yang ditunjukkan oleh jutawan Arab semasa harga minyak dunia melambung sekitar 1970-an.

"Cuma bezanya orang Rusia lebih mementingkan teknologi dan mahukan sebuah kapal yang benar-benar canggih," ujarnya.

Menurut Beckett, Eclipse tidak akan menggunakan warna putih seperti kebanyakan kapal-kapal biasa sebaliknya akan dilindungi kelabu metalik.

"Ia adalah trend terbaru bagi sebuah kapal pesiar mewah. Dihasilkan mirip-mirip seperti sebuah kapal perang sebagai lambang kuasa pemiliknya," tambahnya.

Menangani Stres Cara Islam

Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR
Utusan Malaysia

Solat Menghilangkan Ketegangan Dalam Hidup.

Dunia pekerjaan memang memberikan pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.
Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan interaksi kompleks di antara persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan dan mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal.

Kenapa stress???

:. Tugas yang terlalu banyak
:. Hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik
:. Ketua yang suka marah-marah
:. Suasana kerja yang tidak selesa

Itu adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan metodologi yang tepat.

Kesan Stress

Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya.
:. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.
:. Kadang kala, ada dalam kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masalah disiplin di tempat kerja, merokok, meminum arak dan sebagainya.
:. Berlaku juga kes-kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula masalah rumahtangga seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, dan sebagainya.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam.

Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.

Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan sebegini melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Sebagaimana ketentuan Allah SWT bahawa setiap apa yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam atau lelaki dan perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan. Kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah SWT.

Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan nilai-nilai keimanan, ketaqwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.

Apabila kita yakin, dengan izin Allah SWT, segala permasalahan yang membelenggu diri akan dirungkaikan dan akhirnya kita berjaya menghadapi tekanan dengan tenang dan berjaya.

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 4 maksudnya: "(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.'

Kaedah Mengatasi Stress

Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan.

1. Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.
Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang telah memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang.

Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa 'aman dan damai' di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).

Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.

Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.

Daripada konteks Islam, dengan mendirikan solat fardu lima waktu dan dilengkapkan dengan amalan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya: "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.'

2. Keduanya dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra'd ayat 28 maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'

3. Ketiganya, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari).

Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat-ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Ini adalah kerana al-Quran (dan al-hadith) merupakan sumber teragung dalam merungkaikan segala permasalahan manusia.

4. Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.

Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik ia bersifat positif ataupun negatif adalah sekadar 'warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama' dan akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak.

Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.

5. Kelimanya, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

Jika diri kita telah bersungguh-sungguh cuba mengatasi tekanan, mengikut saluran dan kaedah yang tepat, maka kita juga perlu bersifat tawakkal dan ikhlas menerima segala ketentuan-Nya.

Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud: "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu).

Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku." Jika hati dan pemikiran kita sentiasa bersandarkan kepada sifat tawaduk, yakin dan syukur kepada Allah SWT, maka diri kita akan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya dalam menangani segala tekanan tersebut.

Thursday, July 02, 2009

Failed

Google AdSense to me
show details Jun 26 (6 days ago)

Hello Wan Shamilawati Binti Wan Mamat,
Thank you for your interest in Google AdSense. Unfortunately, after reviewing your application, we're unable to accept you into GoogleAdSense at this time.
We did not approve your application for the reasons listed below.

Issues:
- Unsupported language

Am Frustrated but YET DID NOT GIVE UP.............Must search for more info. Adioss!

Lebam Sukar Dielak


PEPATAH Cina ada mengatakan 'kanak-kanak tidak membesar kalau tidak terjatuh'. Jadi lebam di sana sini merupakan perkara biasa semasa proses pembesaran kanak-kanak.

Mereka mungkin terhantuk di kepala atau terjatuh semasa baru mahu belajar berjalan, malah bagi anak-anak yang aktif, lebam di kaki, lutut dan siku mungkin satu kebiasaan.

Apa itu lebam?

Secara umumnya, lebam ialah kecederaan pada tisu kulit yang mengakibatkan kapilari darah pecah dan mengalir di sekitar tisu yang tercedera. Oleh kerana tiada saluran keluar, darah akan terperangkap. Ini akan mengakibatkan bengkak atau kesan yang berwarna merah atau ungu terbentuk.

Kanak-kanak biasanya akan menangis dengan kuat untuk mendapat perhatian apabila terhantuk di kepala, menyebabkan sesetengah ibu bapa menjadi panik secara tiba-tiba.
Pada masa yang sama cuba merawat dan memujuk anak-anak ini.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan:

:. Tuam atau demah panas
Semasa zaman kanak-kanak, nenek selalu menggunakan telur rebus panas atau nasi panas yang dibalut di dalam sapu tangan dan tuam pada lebam yang kononnya membantu pengaliran darah. Cuba bayangkan, sudahlah sakit lebam, terpaksa menahan panas pula. Amalan ini masih digunakan sehingga kini. Walaupun begitu, kaedah ini amat tidak digalakkan kerana darah akan mengalir lebih banyak dan menyebabkan lebam menjadi lebih besar.

:.Tuam atau demah sejuk
Anda mungkin boleh menggunakan apa sahaja di dalam peti sejuk untuk menuam lebam dan ia berkesan. Apabila bahan sejuk diletakkan pada bahagian lebam, darah yang mengalir berkurangan. Bengkak dan rasa sakit juga berkurangan.

:.Minyak urut
Ada yang lebih gemar menggunakan minyak urut dengan menganggap ia akan melancarkan pengedaran darah dan menghilangkan kesakitan dengan cepat. Sebenarnya, amalan ini akan membuatkan kesan lebam lebih teruk.

Petua tentang lebam
Kebanyakan orang mengamalkan kaedah seperti dinyatakan. Apabila ditanya mengapa diurut, pelbagai jawapan diberi. Ada yang risau bila tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan pendarahan beku. Ada juga yang risau kerana mungkin beberapa tahun kemudian rasa sakit sengal-sengal.
Sementara itu, HOE Pharmaceutical Sdn. Bhd, baru-baru ini memperkenalkan A-Bruzzy.

Produk ini mengandungi bahan anti-pembekuan darah yang membantu proses mengurangkan lebam secara normal. Rumusan gel daripada bahan aktif semula jadinya mempunyai fungsi anti-pembekuan darah dan anti-keradangan.

Ia memudahkan pengangkutan darah dan cecair yang terkumpul melalui tindakan penguraian ke atas kapilari darah subkutaneus sekali gus mengurangkan kesan lebam.

Jadi tidak perlulah lagi menuam atau demah pada saat kecemasan. Apa yang paling penting, pengguna tidak perlu mengurut kesan lebam yang menyakitkan pada anak-anak anda.

Wednesday, July 01, 2009

Cepatnya Masa Berlalu..........



We are in July 2009, 3rd week of August we will start fasting, cepatnya masa berlalu...........emmmm