Pegawai dan anggota polis menyusun kira-kira sejuta biji dadah jenis eramin 5 bernilai RM20 juta dan wang tunai yang dirampas semasa sidang akhbar di Pulau Pinang semalam.Penyeludupan masuk kira-kira sejuta pil eramin 5 melalui pusat kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) yang ditumpaskan polis dalam serbuan di sebuah gudang di negeri itu, Selasa lalu, menimbulkan tanda tanya.
Persoalannya, bagaimana dadah bernilai RM20 juta itu berjaya melepasi kawalan ketat keselamatan di lapangan terbang berkenaan?
Siasatan polis tidak menolak kemungkinan wujudnya penglibatan ‘orang dalam' yang bersekongkol sehingga dadah itu melepasi kawalan keselamatan begitu sahaja.
Dalam serbuan itu, polis turut menahan :
11 lelaki dan dua wanita berusia lingkungan
20 hingga 50 tahun termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.
No comments:
Post a Comment