Tuesday, March 31, 2009

HOROSCOPE


Today's Taurus Horoscope:Mar 31, 2009

There are extremely slow moving subtle energies that are coming into play today, dear Taurus, which may not be felt so easily. What they are providing, however, is a key to manifesting your wildest dreams. Fantasy can become your reality, but it may only come one small, subtle step at a time. Don't give up. Focus on the unconventional way of getting things done. You will eventually achieve everything your heart desires - as long as you truly believe that you can.

KEINDAHAN TANGAN IBU

Sooooooo touching story from website......... (IBU.......KAULAH RATU HATIKU........)

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untukk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya.

Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.

Kemudian pada malam harinya sayapergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.Saya hanya dapat berdoa bahawa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri.

Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu.......

With Love to All Mother" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya.... .......

Perkahwinan bukan semata-mata untuk seks

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI, Utusan Malaysia 310309

Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak melanda istana roboh berderai. Sebolehnya jadikanlah binaannya kukuh, sekukuh istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan tetap utuh dan teguh. Namun kekukuhan dalam perkahwinan itu memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.

Bagaimanapun, apabila melayari sebuah bahtera perkahwinan ramai yang menyatakan bahawa kebahagiaan dalam rumah tangga sebenarnya hanya bergantung kepada seks semata-mata.
Memang tidak dinafikan bahawa seks amat penting di dalam perkahwinan dan juga membawa kepada beberapa akibat buruk jika tidak dipenuhi, namun itu bukanlah syarat utama dalam kemanisan kehidupan sesebuah perkahwinan.

Pensyarah Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani berpendapat, sesebuah perkahwinan yang bahagia harus mempunyai komponen kasih sayang, saling mempercayai dan menghormati, di samping memenuhi kewajipan zahir dan batin.

Kehidupan suami isteri perlu seimbang dalam pelbagai aspek. Tidak boleh memberi keutamaan kepada satu aspek sahaja, contohnya hubungan seks semata-mata tetapi sebaliknya harus bersifat sederhana.

Bersederhana dalam erti kata cukup dalam memaniskan dan mengekalkan keutuhan rumah tangga itu. Misalnya dalam mencari kemewahan, janganlah sehingga mengabaikan keluarga sehingga keadaan porak peranda.

Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memain peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak. "Ini kerana dari segi psikologi, lelaki dan wanita berbeza kehendak seksualnya. Organ-organ jantinanya berbeza. Lelaki dan wanita perlu sedikit pengetahuan mengenai seksualiti, barulah kepuasannya itu dirasai oleh kedua-dua pihak.

"Selain itu, rata-rata wanita Asia seorang yang pemalu, tidak bersifat terbuka mengenai isu berkaitan dengan seks, lebih memendam rasa dan tidak suka berterus terang dengan suami. Ada juga isteri hanya mahu menanti dan bahkan tidak pernah diberi peluang untuk mencapai kepuasan.

"Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami-isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan,'' katanya ketika ditemui di USIM, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Menurut Dr. Saedah, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang dianugerahkan Allah dengan tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat anak Adam dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah.

Di samping itu, ia juga antara kaedah dala menguruskan tekanan atau stres serta menjalin hubungan mesra dan menyemai kasih sayang serta cinta antara suami isteri. "Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan, ia hanya bentuk aktiviti yang bertanggungjawab serta halal. Oleh itu, suami tidak harus memberi keutamaan dalam hal ini sedangkan banyak lagi komponen yang penting dalam melayari bahtera tersebut.

"Bahkan, tanggungjawab suami juga cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga. Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumah tangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumah tangga,'' tambahnya.

Katanya yang berpengalaman dalam bidang kaunseling hampir 20 tahun, dalam membina sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan untuk sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami, sentiasa berbincang dan bermusyawarah. Sifat ini amat perlu sama ada dalam menghadapi permasalahan kecil atau pun besar.

"Tanggungjawab suami sebagai pemimpin dalam sebuah rumah tangga merupakan satu amanah Allah yang W.A.J.I.B ditunaikan. Ini bermakna menjadi tanggungjawab kepada suami untuk menanggung perbelanjaan keluarga mengikut kemampuannya. "Kewajipan ini termasuk juga sama ada isteri mempunyai harta atau pendapatan sendiri. Bagaimanapun isteri boleh menyumbang untuk perbelanjaan keluarga dan dikategorikan sebagai satu sedekah.

"Oleh itu, sebagai suami , mestilah sedaya upaya berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab menyediakan perbelanjaan keluarga seperti tempat tinggal, pakaian, makan, minum dan sebagainya. Cuai memberi nafkah zahir adalah merupakan satu D.O.S.A,'' tegasnya. Secara kesimpulan, peranan seks dalam perkahwinan perlulah bersifat sederhana, janganlah ia dijadikan tunjang utama sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain. Suami isteri perlu memahami peranan masing-masing dalam perkahwinan, jika mahu melihat ia terus utuh.

Monday, March 30, 2009

Bowling Tournament @ Opisku, 260209

Once upon a time in Korea


Incheon International Airport (IIA) is the largest airport in South Korea, and one of the largest and busiest in Asia.
Since 2006, it has been consecutively rated as one of the best airports in the world and received the full 5-star ranking by Skytrax, the prestigious recognition shared only by Hong Kong International Airport and Singapore Changi Airport





* sweet memories *







Pagi Yang Mendamaikan..........Oh Tuhan

Alhamdulillah, eventhough last night go to bed a little bit late but this morning I manage to wake as early as I can, and I make it and start my life with S.M.I.L.E.

INFO MENARIK

8 Kuasa Senyuman Untuk Kesihatan

1. Senyuman mengubah erasaan
2. Senyuman menghilangkan tekanan
3. Senyuman meningkatkan imunisasi
4. Senyuman menurunkan tekanan darah
5. Senyuman adalah rahsia awet muda
6. Senyuman menjadikan anda lebih menarik
7. Senyuman menjadikan anda kelihatan suksess
8. Senyuman menyebabkan orang akan berfikir dengan positif

S.M.I.L.E


HIDUP ini adalah apa yang anda tentukan.......

# untuk merasakan kebahagiaan dan ketenangan
# untuk merasakan kehangatan cinta dan kasih sayang
# untuk merasakan sengsara dan berdukacita
# untuk memendam perasaan
# untuk merasakan kesedihan dan kekesalan

Friday, March 27, 2009

Pist Off

My friend, Mrs Moo called this morning said that, 'I'm sick of this stupid + crazy + bad temper fella, my anger + horrible emotion has arrived !' I'm understood..........the situation sheshhhhhh....., My inner voice speak.... orang camtu memang tak sedar diri, tak sedar diuntung, memang dah biasa dengan herdikan dan tengkingan (such a word...), dibesarkan dalam suasana p.e.p.e.r.a.n.g.a.n dan k.e.k.e.r.a.s.a.n, hmmmmm S.A.B.A.R jelah, like alwizzzzzzz, grrrr........

Hidup ini susah untuk diduga dan dijangka, namun yang pasti setiap yang terjadi ada sebab dan musababnya, ada hikmah disebaliknya, kita sedang diuji kerana Tuhan sayangkan kita. Ujian dulu yang datang menyapa dan bahagia InsyaAllah akan menjadi milik kita sekiranya kita bersabar dan redha di atas setiap itu, itu janji Tuhan kepada setiap hambaNya. Kebahagiaan yang dikecapi setelah menghadapi dugaanNya lebih manis dan bererti setelah kita melalui pelbagai ujian dan dugaan dengan tabah dan ikhlas.

Must and do remember, HAPPY and SAD, JOYFUL and SUFFER, GOOD and BAD are basically reflection of our lives and each TEST put before us is to make us learn more about our existence, PURPOSE OF LIFE and for us to emerge stronger.
Am myself, during my 'THE VERY FAVOURABLE' shit periond, I take an audit of myself , ***self, my family and *** family, take a note of my CRAZY + STUPID past time and organize myself for a bright and cheerful future (eventhough not very bright and slightly cheer.........*sob....sob.....*). LIFE MUST GO ON.........




Wednesday, March 25, 2009

Stimulasi Otak kanak-Kanak

Otak adalah organ pertama yang terbina ketika dalam kandungan. Apabila lahir, otak bayi mengandungi sel otak yang berbilion jumlahnya. Ia sentiasa bekerja dan belajar perkara baru. Proses sepanjang hayat ini dipengaruhi faktor luaran dan dalaman.Walaupun kanak-kanak lahir dengan jumlah sel otak yang banyak, namun banyak juga yang ‘hilang’ selepas dilahirkan. Apabila otak mempelajari sesuatu, sel otak berhubung dan menyimpan maklumat.

Dalam tempoh yang lama, sel yang kosong akan terhapus bagi membenarkan sel yang menyimpan maklumat berkembang.Pembentukan penting dalam otak bayi yang sedang membesar bukan saja bergantung kepada faktor genetik tetapi juga pengalaman yang dilaluinya.Oleh itu, stimulasi otak kanak-kanak perlu dibuat sebanyak mungkin. Misalnya membina kemahiran berbahasa membabitkan membaca dan bercakap dengan kanak-kanak. Stimulasi itu sebenarnya sejak dalam kandungan, bermula dengan pemilihan makanan yang diambil ibu. Nutrisi yang ibu ambil ketika hamil memberi perbezaan besar dalam pembangunan otak. Oleh sebab itu wanita hamil memerlukan makanan berkhasiat.

Kemudian, aktiviti stimulasi itu berubah mengikut tahap perkembangannya. Sebagai contoh, selepas dilahirkan, anda bercakap dengannya walaupun ketika itu bayi tidak boleh membalas kata-kata anda, tetapi otaknya sudah membuat hubungan penting yang mengaitkan perkataan dengan makna.Beri perhatian padanya, jangan biarkan bayi tertekan. Misalnya tercari-cari anda yang membuatkan bayi tertekan dan menangis. Tekanan hanya akan melambatkan pembangunan otak bayi.Luangkan masa untuk bercakap dengannya walaupun ketika itu bayi masih belum pandai berkata-kata. Buat bayi ketawa, tersenyum dan bercakap dalam pelbagai nada. Lakukan aktiviti bersama.Bacakan bayi buku dengan kuat dan dalam pelbagai nada.

Mendengar ibu bapa membaca membantu pembentukan bahasanya. Membaca juga menanam minatnya pada buku.Begitu juga dengan sentuhan. Sentuhan pada bayi, memberi keselesaan padanya dan menghasilkan persekitaran positif untuk otak mempelajari perkara baru secara berterusan. Apabila anak semakin membesar, deria semakin terbentuk dan dia lebih peka dengan persekitarannya. Dia akan mula mahu bermain dengan objek atau berinteraksi dengan orang lain. Penyelidikan mendapati tahap daya intelek kanak-kanak dipengaruhi jumlah interaksinya dengan ibu bapa.Pemilihan buah-buahan dalam diet makanan penting dalam pertumbuhan otak anak.

Pada usia enam bulan ke atas, anak patut diberi peluang meningkatkan kemahiran koordinasinya. Apabila dia merangkak dan cuba berjalan, ia bukan saja membantu anak belajar koordinasi pergerakan kakinya malah menguatkannya. Pada peringkat ini, anda boleh memperbaiki kemahiran kognitif anak dengan memperkenalkan objek di hadapannya dan bercakap mengenainya.Berbual mengenai pengalaman lepas juga membantu membentuk memori.

Lebih banyak pendedahan, lebih banyak pengalaman dipelajari. Misalnya membawa dia ke zoo dan taman permainan atau menghabiskan masa melukis, mewarna atau membuat kraf tangan.Bagaimanapun, stimulasi yang diberi tidak semestinya membuatkan anak anda menjadi bijak tetapi membantunya mempelajari banyak perkara baru dalam hidupnya.Selain stimulasi yang baik, sebenarnya otak juga terjejas pada stimulasi negatif. Menyaksikan ibu bapa bertengkar, ibu dipukul atau ditengking, drama bersiri atau filem yang penuh cerita pembunuhan atau peperangan malah permainan video yang ganas dan lucah juga memberi kesan pada otak.

Dr Arlne F Harder menerusi Children Affirmation Program menjelaskan, semua yang negatif itu mencipta tekanan yang menyebabkan hormon steroid (cortisol) menekan sistem imun dan melambatkan pertumbuhan fizikal.Penghasilan cartisol dikaitkan dengan tekanan yang menukar aktiviti otak dan strukturnya. Bahagian yang paling terjejas adalah struktur otak hippocampus dan prefrontal cortex yang berfungsi pada keupayaan mengingati dan belajar selain keupayaan kanak-kanak untuk menterjemah secara tepat dan bertindak balas pada situasi sosialnya.

Justeru, jika anda inginkan otak yang sihat untuk anak, minimumkan pendedahan unsur negatif pada anak. Bertengkar dan saling menengking di hadapan anak-anak akan mencipta pemahaman negatif kepada mereka.

Tuesday, March 24, 2009

Reasons for sleeping and waking up early

Quite interesting and correct;

9 p.m. to 11p.m:- is the time for eliminating unnecessary/toxicchemicals (detoxification) from the antibody system (lymph nodes).This time duration should be spent, by relaxing or listening to music.If during this time, a housewife is still in an unrelaxed state, such as washing dishes &/or monitoring children doing their homework, this will have a negative impact, on her health.

11 p.m. - 1 a.m.:- is the time that the detoxification process takesplace, in the liver; ideally a person ought to be in a deep state ofsleep, at this time.1 a.m. - 3 a.m.:- is the time that the detoxification process takesplace, in the gall bladder; ideally a person ought to be in a deepstate of sleep, at this time.

3 a.m. - 5 a.m.:- is the time that the detoxification process takesplace, in the lungs. Therefore, there will sometimes be a severecough, for the sufferers of cough, during this time. Since thedetoxification process reaches the respiratory tract, there is no needto take cough medicine, so as not to interfere, with the process oftoxin removal.

5 a.m. - 7 a.m.:-is the time that the detoxification process takesplace, in the colon. You should empty your bowel at this time.

7 a.m. - 9a.m.:- is the time that the absorption of nutrients takesplace in the small intestines. You should be having breakfast at thistime.

Breakfast
Breakfast should be earlier, prior to 6:30 a.m., for those who are sick. Breakfast prior to 7:30 a.m., is very beneficial to those wanting to stay fit. Those who always skip breakfast, should change their eating habits. It is still better to eat breakfast late, namely between 9 a.m. -10 a.m., rather than have no meal at all. Going to sleep very late and waking up late too, will disrupt the process, of removing unnecessary chemicals from your body. Aside from that, 12midnight to 4:00 am is the time, when the bone marrow produces blood.Therefore, have a good night's sleep, and don't sleep late.

THE TOP FIVE CANCER-CAUSING FOODS ARE:
1. Hot dogs, because they are high in nitrates, the Cancer Prevention Coalitionadvises, that children eat not more than 12 hot dogs, a month. If youc an't live without hot dogs, buy those that have been made, without sodium nitrate in them.
2. Processed meats and bacon. Also high in sodium nitrate, found in hot dogs, bacon, and other processed meats. It raises the risk of heart disease. The saturated fat in bacon, also contributes to cancer.
3. Doughnuts. Doughnuts are cancer-causing double trouble. Firstly, they are madewith white flour, sugar, and hydrogenated oils, then fried at hightemperatures. Doughnuts, says Adams , may be the worst food you canpossibly eat, to raise your risk of cancer.

++ my favereto donut : BIG APPLE (semalam jer baru licin sedozen.....*wink*)

4. French fries. Like doughnuts, French fries are made with hydrogenated oils, and thenfried at high temperatures. They also contain cancer- causing acrylamides, which occur during the frying process. They should be calledcancer fries, not French fries, said Adams .
5. Chips, crackers, and cookies. All are usually made with white flour and sugar. Even the ones, whoselabels claim to be free of trans-fats, generally contain small amountsof trans-fats.

BRAIN DAMAGING HABITS
1. No Breakfast. People who do not take breakfast, are going to have a lower bloodsugar level. This leads, to an insufficient supply of nutrients tothe brain, causing brain degeneration.
2. Over-eating. It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease inmental powers.
3. Smoking. It causes multiple brain shrinkage, and may lead to Alzheimer's Disease.
4. High consumption of sugars. Consumption of too much sugar, will interrupt the absorption ofproteins and nutrients, causing malnutrition; and may interfere withbrain development.
5. Air Pollution. The brain is the largest consumer of oxygen, in our body. Inhalingpolluted air, decreases the supply of oxygen to the brain, bringingabout a decrease in brain efficiency.
6. Sleep Deprivation. Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep,will accelerate the death of brain cells.
7. Covering of one's head whilst sleeping. Sleeping with the head covered, increases the concentration of carbondioxide, and decreases concentration of oxygen, that may lead to braindamaging effects.
8. Working your brain during illness. Working hard or studying whilst being sick, may lead to a decrease ineffectiveness of the brain, as well as damaging the brain.
9. Lacking in stimulating thoughts. Thinking, is the best way to train our brain. Lacking in brainstimulating thoughts, may cause brain shrinkage.
10. Talking Rarely. Intellectual conversations, will promote the efficiency of the brain.

THE MAIN CAUSES OF LIVER DAMAGE ARE:
1. Sleeping too late, and waking up too late are the main causes.
2. Not urinating in the morning.
3. Too much eating.
4. Skipping breakfast.
5. Consuming too many medications.
6. Consuming too much of preservatives, additives, food coloring, andartificial sweeteners.
7. Consuming unhealthy cooking oils. As much as possible, reduce thequantity of cooking oil used, when frying; which includes even thebest cooking oils, like olive oil. Do not consume fried foods whenyou are tired, except if the body is very fit.
8. Consuming raw foods. Overly done foods, also add to the burden ofyour liver. Veggies should be eaten raw, or cooked 3-5 parts. Friedveggies should be finished, in one sitting; do not store.We should prevent all these problems, without necessarily spendingmore. We just have to adopt a good daily lifestyle, and eatinghabits. Maintaining good eating habits, and time conditioning arevery important for our bodies to absorb and get rid of unnecessarychemicals, according to 'schedule.

Friday, March 20, 2009

Muhasabah Penyelesaian Terbaik Selamatkan Rumahtangga

Kehidupan berumah tangga banyak dugaan. Tidak sefahaman, sikap angkuh pasangan, campur tangan keluarga, penyakit, kewangan dan gagal menjalankan tanggungjawab menjadi antara puncanya.

Islam menyarankan permasalahan rumah tangga diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Jangan mengambil jalan singkat yang boleh menghancurkan kebahagiaan yang dikecapi melalui perkahwinan. Jika ada persengketaan antara suami isteri, perlu diadakan muhasabah untuk mencari punca krisis berlaku. Dalam hal ini keikhlasan suami isteri amat penting. Jangan mudah menyalahkan pasangan sebagai penyebabnya. Sikap membuat kesimpulan sebelum perbincangan hanya akan menambah lagi kekusutan.

Keadilan hanya akan wujud jika perbincangan dilakukan dengan berlapang dada. Ketika suami atau isteri menjelaskan apa yang berlaku, ia mesti didengar dan diperhalusi tanpa prejudis. Dengan cara itu kebenaran lebih mudah ditemui dan keputusan dapat dibuat dengan adil.
Dalam usaha merungkai masalah yang timbul, bercakap benar amat penting. Antara suami isteri seharusnya tiada rahsia kecuali jika dikhuatiri berterus terang dalam hal tertentu akan mendatangkan keburukan, maka harus ia dirahsiakan.

Bercakap benar perlu diamalkan sepanjang masa. Pembohongan antara satu sama lain akan menghancurkan rumah tangga dibina. Jika berbohong, lambat laun ia akan terbongkar juga. Keadaan ini menyebabkan suami atau isteri tidak lagi mempercayai apa dicakapkan biarpun perkara yang benar.

Bercakap benar akan membina ikatan saling mempercayai dan seterusnya mengelak rasa curiga. Jika difikirkan sukar diadakan perbincangan ketika suami dan isteri sudah ‘panas’ dan buntu fikiran, maka Islam menyuruh kedua-dua menghantar wakil untuk berbincang. Pendekatan itu diharapkan dapat mencari jalan penyelesaian.

Perkataan talak atau cerai yang dilafazkan oleh suami sah biarpun dilakukan ketika marah, bergurau, ugutan dan seumpamanya. Talak berlaku bukan saja melalui ucapan, malah juga dalam bentuk tulisan, termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Justeru, soal talak tidak boleh dipandang mudah. Betapa payahnya hendak melangsungkan perkahwinan yang terpaksa melalui beberapa proses, begitu juga sepatutnya sebelum berlaku talak.

Isteri jangan mencabar suami menjatuhkan talak apabila berlaku perkara yang tidak disenangi. Suami pula perlu berhati-hati dan bersabar daripada mengucapkan perkataan talak atau perkataan yang boleh menyebabkan talak.
Islam membenarkan talak bukan bermakna ia satu perkara yang ‘mudah’ dilakukan. Talak adalah jalan terakhir dalam penyelesaian masalah rumah tangga. Selagi ada peluang untuk kembali aman, maka wajib dilakukan usaha ke arah itu.
Firman Allah bermaksud: “Tidak ada sesuatu dosa atas kamu jika kamu menceraikan isteri kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 236). Ayat itu jelas mengenai harus bagi suami menceraikan isterinya atas sebab tertentu.

Sesungguhnya, kebenaran suami talak isteri bukan bermakna ia boleh dipermudahkan dan dipermainkan. Kamus rumah tangga tidak sepatutnya menyimpan perkataan talak.
Talak ertinya berlawanan dengan akad nikah. Jika perkahwinan itu dituntut, maka talak pula perlu dihindarkan. Peristiwa talak mengundang kebencian Rasulullah SAW dan Allah.
Suami tidak boleh bertindak atau memperlakukan sesuka hati terhadap isteri. Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan terbaik daripada suami. Isteri bukannya hamba memuaskan nafsu suami semata-mata. Institusi perkahwinan adalah pelindung bagi wanita daripada perbuatan jahat lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Kebahagiaan yang diharapkan pada permulaan perkahwinan perlu diteruskan sepanjang masa. Semakin lama usia perkahwinan, sepatutnya semakin erat kasih sayang dan mendewasakan mereka dalam menghadapi cabaran hidup.

Unpaid work role as a 'MOTHER'

It is impossible to put a dollar value on mother's role as :
'I.b.u', 'E.m.a.k', 'M.a.m.a', 'M.u.m.m.y', 'U.mi.',
because a mother perform so much more task:
- Child care 24 hours a day and 7 days a week
- Cleaner
- Cook/chef
- Odd jobs and handy woman
- Chauffer
- First aid attendant and nurse for sick family
- Early learning educator
- Home manager and economist
- Laundress
- Mediator

Its PRICELESS


Tontonilah video ini dengan penuh rasa kasih dan sayang kepada I.B.U.......

Tuesday, March 17, 2009

Best dok kampung

Best giler dok kampung, otak+jiwa+hati+raga+sanubari n etc jauh sekali dari stress, AKU BAHAGIAAAAAAAA......Alhamdulillah YA ALLAH kerana menganugerahkan aku keluarga yang amat bahagia..........teramat...........BAHAGIA. Aku berasa bahagia sekali berada disisi EMAK dan AYAH, adik beradik dan sanak saudara. Sedangkan ramai kawan dan mereka yang aku kenal, mempunyai keluarga yang......emmmm susah nak diceritakan.......'BROKEN FAMILY', ibu membenci ayah, emak membenci anak, anak membenci dan mendendami ayah sendiri, adik membenci abang dsb (Nauzubillahiminzalik). Membesar dalam broken family............tak tahu macamana rasa kasih sayang ibu, ayah, abang, adik etc...*sob....sob...* tragis bagai.


WEDDING DAY PIC
My sweet little angle


Ho...ho....interframe

Snap......

The Wedding berjalan dgn lancar, but yang sedeynya, kakak ku (ibu kepada pengantin perempuan) tak boleh berjalan coz terjatuh dari kerusi, tempurung lututnya pecah. Hmmm so, kena angkatlah kesana kemari. Anak sedaraku kelihatan berseri, menjadi raja sehari.....SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT.......jangan jadi seperti.........seperti kawanku..........Mrs Moo (sorry to mention ur name)

Monday, March 16, 2009

Emotionally Distraction

Mrs Moo feeling toward Mr Moo;
Hate+FindInsufferable+Detestation+Hatred+Abhorred+Disappointed+Disrespect+Shameful+Frustration+Angry+Sympathy+Mad+Annoyed+Irritating+Stress+Tension+Despair+Give up *gnashing teeth*


Why?........coz Mr Moo;
- mad + crazy + nutty + foolish
- ungrateful + unthankful + unappreciative
- 'muka tembok'
- 'muka tak malu'
- 'muka tembok'
- 'muka tak malu'

Thursday, March 12, 2009

Awas penyangak siber

Oleh MELATI MOHD. ARIFF, Kosmo 120309

Semakin maju tekonologi hari ini, semakin licik penjenayah. Yang pasti, mereka juga tidak ketinggalan melakukan jenayah siber. PENGGUNA e-mel perlu sentiasa berhati-hati apabila menerima e-mel yang diragui.

TANPA diragui, Internet semakin penting dalam kehidupan hari ini. Ramai yang menggunakan Internet bukan sahaja untuk mencari maklumat tetapi juga untuk membeli-belah dan membuat transaksi perniagaan termasuk perbankan online.

"Penggunaan Internet yang berleluasa dengan bilangan pengguna yang semakin ramai memberikan kesempatan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menipu pengguna. Oleh itu, wujudlah pelbagai penipuan untuk memerangkap pengguna."
Demikian komen Mohd. Yusof Abdul Rahman, Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).

"Banyak penipuan yang dirujuk untuk perhatian kami. Ia termasuk penipuan menang loteri dan cabutan bertuah, membantu memindahkan wang yang dimiliki oleh waris hartawan, meminta bantuan kerana terkandas atau kecurian, e-mel membeli perisian komputer, produk makanan yang sebenarnya berkualiti rendah dan bermacam-macam lagi," katanya.

BANYAK penipuan dirujuk kepada Fomca termasuk penipuan menang loteri dan cabutan bertuah atau membantu memindahkan wang. Mohd. Yusof menggesa orang ramai khususnya pengguna e-mel supaya sentiasa berhati-hati apabila menerima e-mel seperti yang dinyatakan.
Pihak yang melakukan penipuan itu juga, katanya, kini menjadi semakin berani dan sofistikated dalam melakukan jenayah siber.
"Jangan mudah terpengaruh dan cuba melayan e-mel yang tidak diketahui kebenarannya.
"Apatah lagi, sekiranya terpedaya dengan e-mel penipuan. Sukar untuk mendakwa mereka yang terlibat khususnya jika pihak yang menghantar e-mel tipu ini beroperasi di luar negara," kata Mohd. Yusof.

Phishing dalam teknologi komunikasi maklumat, perkataan phishing digunakan berhubung fraud dan penipuan siber.Menurut ensiklopedia Wikipedia, phishing boleh didefinisikan sebagai proses fraud jenayah dalam cubaan untuk memperoleh maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

Komunikasi berkenaan dikatakan datang dari laman web sosial popular seperti You Tube dan Facebook, laman lelongan (e-Bay), perbankan online atau pentadbir IT seperti Yahoo yang biasa digunakan untuk memancing mereka yang tidak mengesyaki.Menurut ensiklopedia itu lagi, phishing secara lazimnya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera (instant messaging) dan sering kali ia akan mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran di laman web palsu yang paparannya seakan-akan sama dengan yang sah.Sebutan pertama dicatat mengenai istilah phishing dilaporkan pada 1996.

Penipuan satu kesalahan, di dalam negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima laporan berhubung phishing sejak tahun 2004. Pada 2008, SKMM menerima sebanyak 86 aduan mengenai phishing. Menurut Suruhanjaya itu, e-mel yang berasaskan penipuan yang mengandungi unsur penipuan seperti mengutip wang daripada orang ramai adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara mandatori minimum setahun hingga 10 tahun serta mandatori sebat, dan mahkamah juga mempunyai kuasa mengikut budi bicara untuk seterusnya mengenakan denda. Menurut SKMM, siasatan terhadap kes penipuan berasaskan e-mel berada di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bukannya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau SKMM.
Bagaimanapun, kata suruhanjaya itu, ia boleh mengambil tindakan serta-merta dengan menyekat akses ke laman phishing di bawah Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Berhati-hati

"Yang paling penting ialah pengguna perlu ingat bahawa jangan sekali-kali mendedahkan sebarang maklumat peribadi dan lebih berhati-hati apabila menerima e-mel yang menyatakan penerima e-mel memenangi loteri atau pertandingan, menerima wang daripada cabutan bertuah atau menyatakan akaun bank anda perlu dikemaskini sistem keselamatannya kerana ia boleh dipecah masuk.

"Seseorang harus bersikap berhati-hati apabila menerima e-mel daripada orang yang tidak dikenali. Di samping penipuan, e-mel juga mungkin boleh mengandungi virus atau malware (perisian berniat jahat)," kata SKMM. Katanya, pengguna juga boleh memasang penapis anti-phishing yang boleh memberi mereka amaran terhadap laman phishing.

Menurut SKMM, sesiapa yang menerima e-mel yang meragukan dan dipercayai satu penipuan, mereka dinasihat merujuk perkara itu kepada polis atau sebagai pilihan mengemukakan aduan atau merujuk laman Internet yang diragui itu kepada Biro Aduan SKMM secara online di http://aduan.skmm.gov.my atau telefon 1-800-888-030. - Bernama

Can't Waitttttttttttttt

Huh.............am can't wait anymore to go back and start our journey, all the things is ready, but lastnight my daughter had a slightly fever, emmm.........rungsing gak, when return back to KL, I should buy thermometer.

Adooiiii kalau diikutkan nak aje ambik half day, but.............(the same.... and same problem that I faced before). Ya Allah, sabar............sabar........

Now onward, am will consistently pay back the loan from PTPTN coz......

1. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud : ”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.

2. Disenaraihitam oleh Imigresen (for those who totally ignore the warning letter and didn't pay a single cents eventhough 'berkurun' graduate. Tak leh gi oversea/overriver....maknanya melepaslah nak jumpa koala, kangaroo, night in a farm, etc..... this coming april *wink*

Wednesday, March 11, 2009

Emotionally Breakdown


Your emotion will breakdown when:

1. SomeONE talking bad about you

2. When 'this fella' start talking in such bitchy ways to me (OMG...........kick 'it' ass)

3. When the small things stuck like a xxxx ( but actually is none of your business man!)

4. only me know..............only me know...........arghhhhhhh hate you

Yup! there is a HIKMAH behind that........SABAR ITU separuh dari IMAN.... *sob...sob*

Kampung oh kampung

Tomorrow me and my kids will going back to my hometown. I miss my 'emak' and 'ayah' so much, unspeakable..... (la...la....la....). It take almost 7 hours journey to reach my home (yup correct! to Kelantan, tanah tempat tumpah darahku). Hopefully, on the wedding day, I could meet with my bestfriends Bibah (jgn marah pasal RAYA ari tu), Sue (will come with her new second baby) and Ct Mastura (hopefully I have time to visit her boutique).
And the most important thing is.............to have all my fave dish, I'm freaky to have;
- Nasi berlauk
- Laksa lemak
- Nasi kerabu (nyum together with 'etok'...goshhhhh)
- kuih-muih
- Ikan masin
- Nasi Zakini
- Nasi Kak Wok
Semua benda...............semua benda.......
Alhamdulillah.....Thanks God for giving me the opportunity to eat........eat........whatever i want.

The Right School

Things to consider when choosing a school for your child.
CHILDWISE By RUTH LIEW

WE have three Chinese schools in our neighbourhood. School A is well-known for its good results but school life is said to be stressful for the students. It is also rumoured that the children in the top class are more selfish.

School B is not bad but the teachers give a lot of homework and students find it stressful too. School C has a more relaxed learning environment. But we heard that discipline is lacking and the students are not doing as well academically as in the other two schools.

Many parents choose School C. They do not want their children to be stressed out at a young age. Some parents think that their children are not smart enough, so they do not want their children to be left behind in School A and B. Besides, some parents hope their children will get a place in the top class in School C. This will, hopefully, boost their children’s confidence.

How will I know if my children will be able to cope in School A or B? I worry in case they are unable to catch up with the class. Yet, I am reluctant to send my children to School C.
It will be painful to see them struggle academically. If they should get poor grades, will they feel defeated and helpless? If they can do well academically, it would be great.

Both my children love reading and often ask for extra activity books to do at home. Both children are introverts. My elder daughter has been attending half-day nursery since she was two years old. Now she is four-and-a-half. Her teacher says she is dreamy, passive and very quiet. I do not know which school to choose. Please advise. – Worried Mum

ALL schools have their strengths and weaknesses. Every parent wants to choose the best possible learning environment for his or her children. Parents need to be informed and be prepared to help their children get the most in whatever school they attend.

While parents may wish to give their children every opportunity, remember that one need not attend the “best” school to be a happy and successful individual. Children do well in schools where they are supported and encouraged. They thrive in learning environments that suit them.

In choosing a school, you need to consider your child’s individual style, talents, interests and temperament. A school that has high academic demands may work for one child and not for the other in the same family. One child may excel in a setting where children have many choices and are allowed to learn independently. This may not be the same with his sibling who finds it hard to cope with too much time and freedom in his hands.

You must also consider your own values and beliefs when selecting the right school for your child. If you select a school based on its academic track record, you may find conflicting views with their discipline policy. The fact that one school has a great reputation for top academic achievements may not automatically make it the best choice for your child. What works for your friends and neighbours may not work for you and your child.

Keep in mind that you need a school that can strike a balance in its focus on both academic and non-academic work. A school is more than just subjects and teachers.
There are other aspects in the environment, such as student population and how discipline is conducted in the school. Parents need to evaluate the school on the basis of their children’s needs.

If possible, make visits to the schools in your neighbourhood. You cannot judge the school by what people say. Observe the learning environments and the students in each school. Get a chance to understand how things work in each school.

You need first-hand evaluation. Make a checklist of the things you want to see in a school for your children. Find out for yourself what these three schools are all about.
You may have found a wonderful school but end up with a teacher you consider less than ideal. Or you may have found a school that you are looking for, but it is not totally right for your child. There is no perfect school for every child and parent.

What you need to do is to find a school that most closely reflects your values and goals. Your child will do well in school when you are committed to working together to help him do his best. There is still a lot more work after you find the right school for your child.
-
The Star, Wednesday February 18, 2009

Summary from Executive Talk by Dato Dr. Fadzilah Kamsah


Prasyarat untuk menjadi KHALIFAH yang cemerlang di dunia dan akhirat:

1. NIAT + DOA
- Sebagai umat Islam, kita kena selalu berniat dan berdoa kepada Allah SWT untuk menjadi seorang hamba yang cemerlang dan menjadi aset kepada dunia.
" Orang terbaik adalah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain"

2. BERLAPANG DADA + BERSIHKAN HATI
" Ilmu itu cahaya, ia tidak akan turun dan melekat di hati yang gelap"
- Sebelum tidur, beristighfar sebanyak 70x

3. BERTINDAK + BERUBAH SEKARANG
" Berbuat baik seperti akan mati keesokannya, kerja kuat bagai nak hidup selama-lamanya"

4. JANGAN MELAWAN FITRAH
Rutin Fitrah:
1) Solat + Doa
2) Maafkan semua orang sebelum tidur (its very important, should practice everyday)
3) Tidur mengiring kekanan
4) Sebaik bangun dari tidur terus berdoa dan senyum (selama 10 saat - to trigger
endorphine hormone and it will cheer you up)
5) Buang air kecil
Untuk kaum lelaki, elak dari kencing berdiri kerana : tertutup pintu rezeki, mudah nyanyuk, mudah terkena penyakit batu karang, erectal dysfunction problem; lelaki kena
berdehem sebanyak 3 x selepas itu
6) Buang air besar
7) Ambil sarapan
8) Keluar rumah dengan kaki kiri
Pasang niat sebelum pergi kerja untuk; dapat pahala, murah rezeki dan diberkati
9) Senyum selalu
10) Makan buah sebelum makan nasi @ main course
11) Limpahkan kasih dan sayang
12) Sebelum masuk rumah; baca Bismillah 3x, beri salam dan masuk dengan kaki kanan
13) Mandi ikut sunnah; pakai kain basahan
14) Pakai pakaian mengikut kegemaran; untuk menceriakan diri
15) Buat apa pun secara TERBAIK

p/s Correct me if anything wrong or terover look at it....

PERHATIAN

SEBAGAI HEBAHAN

RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN
TAMAN BAIDURI
No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, 43800 Dengkil, Selangor


SEBUAH RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN BARU AKAN DIBUKA DI TAMAN BAIDURI, DENGKIL

Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (nama ‘Taman Baiduri’ digunakan untuk sementara sehingga nama sebenar diluluskan oleh ROS) akan dibuka pada Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan di No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, Dengkil.

Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan dan buta huruf mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian. Anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa atau perceraian, adik-beradik ramai, ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini.

Rumah ini diwujudkan atas keprihatinan dan usaha untuk melihat anak-anak ini melalui zaman kanak-kanak dengan sihat dan sejahtera, memberi peluang kepada mereka membesar dengan sempurna dan menyelamatkan mereka dari sebarang bentuk gejala sosial akibat kesengsaraan dan tekanan hidup.

Dalam hal ini, kemampuan kami agak terbatas. Jadi, kami memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakan usaha ini. Sehubungan itu, kami amat berharap dan berterima kasih sekiranya Tuan/Puan dapat menghulurkan sebarang bentuk bantuan yang mampu demi anak-anak ini. Berikut disenaraikan barangan keperluan untuk anak-anak yatim/miskin dan rumah tersebut:

1 Item Kuantiti
Al-Quran resam Uthmani 20
2 Muqqadam / Iqra’ 20
3 Surah Yasin 20
4 Sejadah 20
5 Rehal 20
6 Kain pelikat 16
7 Songkok 16
8 Buku cerita dan buku latihan 9
9 Rak buku 5
10 Pakaian sekolah (Baju, seluar, stokin & Kasut) 16
11 Peralatan sekolah (beg, bekas bekal & alatulis) 16
12 Pakaian harian 16
13 Almari pakaian 16
14 Katil double decker 8
15 Tilam 20
16 Bantal 20
17 Selimut 20
18 Kipas dinding 8
19 Lampu kalimantang 10
20 Dapur gas 1
21 Pinggan plastik, senduk, sudu & gelas plastik 20
22 Ampaian kain 1
23 Beras, gula, tepung, minyak masak
24 Barangan kering & rempah

* Kami juga menerima barangan atau pakaian terpakai yang masih elok untuk digunakan.

Rumah ini akan mula dibaikpulih pada pertengahan Januari 2009 untuk membaiki paip dan dinding yang bocor, lantai yang pecah termasuk membina tempat wuduk dan tembok di bahagian belakang rumah sebelum anak-anak ini masuk pada Mac 2009.

Sekiranya Tuan/Puan berhasrat untuk memberi sumbangan atau mengetahui lebih lanjut tentang rumah anak-anak yatim ini, sila hubungi:

En. Mohd Shukry Md Latar 019-6539701 shukry_latar@yahoo.com
Ust. Helmi Jamaludin 012-5774873 solehin_ioa@yahoo.com.my
Dr. Haji Lukman Z. Mohamad 012-2904873 lukmanzm@hotmail.com

Segala sokongan, sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh Tuan/Puan dalam menjayakan usaha ini didahulukan dengan ucapan jazakullah khairan khatiran dan berbanyak terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Yang Benar,
En. Mohd Shukry Md Latar
Pengerusi
Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri

p.s. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan yang ingin membuat amal jariah.

Tuesday, March 10, 2009

Is Life Fair 2 You


What makes you happy?

1. Kids (my adorable Ashraff n Aisya)
2. Dear husband (is it.....) and great parents
3. Loving sibblings
4. Bestfriends
5. Immediate family
6. Shopping
7. Blogging (could classified it as 'self-therapy' )
8. Travelling
9. Back to hometown (this, unspeakable...........horrayyyy)
10. what else..................
11. what else..............