Tuesday, October 25, 2011

Abang Pening Lagi

Malam tadi suhu badan dia agak tinggi. Ubat yang dibekalkan oleh Dr. setelah keluar wad pun sudah diberi cuma kurang memberi kesan. Abang masih lagi ada rasa pening-pening. Air mataku sekejap2 tumpah kerana sedih tengok keadaan Abang begitu. Sebelum ini dia tidak pernah sakit berlarutan, jika demam pun hanya 2 atau 3 hari sahaja. Hari ini ayah cuti temankan Abang dirumah, masa hantarkan aku ke tempat kerja, bawak Abang ikut sekali dan bersarapan pagi di kedai Pak Hassan, kerana Abang memang sukakan roti canai disitu. Namun sampai sahaja di kedai Pak Hasan, Abang sakit perut sampai bibir pucat, aku terus bawak pergi ke tandas tingkat 2. Alhamdulillah, selepas itu aku nampak bibir Abang merah semula. Aku suapkan Abang roti canai dan dia nampak sungguh berselera. Masa Abang nak balik dengan ayah, sekalilagi aku menitiskan airmata sebab Abang kelihatan tidak cergas seperti selalu. Semoga Abang cepat sembuh ya..

No comments:

Post a Comment