
Kita hidup jangan tersasar dari landasan (keep on the right track ya.....) dan mesti mengikut dan mencontohi Rasulullah SAW dalam segala bidang. Baik yang berhubung dengan Allah mahupun berhubungan dengan sesama manusia. InsyaAllah......
Hal ini sesuai dengan firman Allah bermaksud, "Tidak ada manusia yang paling mulia di sisi Allah melainkan yang benar-benar takwa kepada Allah." (Al-Hujarat:13)
Dalam hal KESABARAN Nabi SAW mengingatkan dalam sabdanya bermaksud, "Sabar yang sebenarnya pada saat bermula tertimpa musibah." (Riwayat Al Bukhari).
Sementara Hukamak pernah berkata, "Apabila seseorang itu reda menerima apa-apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, maka dia akan menjadi orang terkaya di dunia." (Am I rich in this context.......jawab....jawab....)
Oleh itu, reda dan sabar adalah kekuatan yang ada dalam diri seseorang dalam menghadapi ujian dan musibah.
Seterusnya, Nabi SAW bersabda bermaksud, "Tidak ada suatu rezeki yang Allah berikan kepada seorang hamba yang lebih luas baginya daripada sabar." (Riwayat Al-Hakim). Rezeki tu Mrs Moo........bersyukurlah....AMIN
Kalau tak silap aku pernah terbaca @ terjumpa @ terpandang, ada pepatah mengatakan bahawa : Kesempurnaan hidup terletak pada tiga perkara, iaitu:
1. Pandai menahan hati dalam menjunjung agama,
2. Sabar ketika ditimpa musibah
3. Pandai mengatur belanja.
Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya - ahli Tasauf Hassan Basri
"Sifat sabar sangat penting dalam kehidupan"
"Sabar terhadap teman yang menyakitkan lebih baik daripada mencacinya"
"Mencaci adalah lebih daripada memutuskan silaturahim"
"Memutuskan silaturahim adalah lebih baik daripada berkelahi".
Dalam kehidupan tidak ada seorang pun yang terlepas daripada kesedihan dan tidak seorang manusia pun yang terhindar daripada kesusahan. Oleh itu, bersabar menghadapi musibah.
Dr Aidh Abdullah Al-Qarni mengatakan, "Setiap musibah yang menimpa dirimu misalnya kesedihan, kesusahan, kelaparan, kemiskinan, penyakit, hutang dan musibah lain, Allah akan memberi pahalanya kepada anda jika anda bersabar.
Percayalah dunia ini adalah tempat ujian dan cubaan (memang betul....tapi....takkanlah.....memang budak ni tak mendengar kata...aik...) Semuanya ini adalah ke arah mencari reda Allah. Oleh itu, kita digalakkan meminta pertolongan hanya kepada Allah.
Sebagai ibu bapa, seseorang itu mesti bersabar menghadapi kerenah anak yang sedang membesar (hmmm 1001 karenah.....). Semua kebahagiaan terletak pada kesabaran ibu bapa yang menentukan sama ada bahagia atau sebaliknya dalam rumah tangga.
Dalam kehidupan, kita tidak berjaya mendapatkan apa yang kita sukai, melainkan kita bersabar pada perkara yang kita tidak senangi (ye ke.....ye ke......suka, tak suka, suka, tak suka......terpaksa......uwaaa). Sesungguhnya, sifat sabar dapat memaafkan (senangnya......buat salah......minta maaf......tak...bukan aku...tapi dia tu....) kesalahan orang lain dan juga tabah menjadikan hati tenang, fikiran dan perasaan sanggup menahan penderitaan dihadapi dalam kehidupan penuh pancaroba.
No comments:
Post a Comment