Oleh MERAN ABU BAKAR, Utusan Malaysia
Penerangan mengenai cara penjagaan wajah dan solekan yang sesuai antara intipasti dalam program Passion Anggun di AsterSpring Origin of Beauty.
BILAKAH kali terakhir anda mengutamakan kesihatan diri, memanjakan diri, mencari ketenangan, mengikuti kemahuan dan kata hati serta melalui kehidupan seperti yang anda impikan.
Pastinya sukar untuk anda memberikan jawapan kerana mungkin semua itu tidak pernah anda fikirkan.Elakkan seketika kehidupan harian yang sibuk dan nikmati ketenangan. Beri keriangan pada kehidupan menerusi rangsangan deria, kebangkitan jiwa dan pulihkan semangat yang hilang.
AsterSpring Origin of Beauty melalui program Passion Anggun menjelmakan konsep kehidupan yang indah secara menyeluruh dengan meremajakan tubuh badan, minda dan semangat dalam suasana yang terpelihara. Alami pembaharuan dengan rawatan kepakaran istimewa dan terapeutik peribadi untuk kesejahteraan luaran dan dalaman anda.
Pengurus Besar AsterSpring, Karen Ho berkata, Passion Anggun merupakan program keahlian yang meraikan keunikan setiap wanita moden menerusi pendekatan integrasi kesihatan dan kecantikan.
''Temui nikmat kehidupan di AsterSpring Origin of Beauty dan manjakan diri dalam suasana mewah. Relaks dan biar tubuh serta jiwa anda dibelai pakar terapi dalam suasana yang tenang dan nyaman dilengkapi ruang istirehat, bar jus dan bilik persendirian.
''Wanita sememangnya layak dimanjakan. Keahlian dengan program Passion Anggun membolehkan ahli menghadiri ceramah khas dan bengkel mengenai pemakanan yang betul, gaya hidup sihat, peningkatan usia dan sebagainya.
''Di AsterSpring Origin of Beauty, kami menawarkan program penjagaan wajah dan membaik pulih seri dalaman dengan memberi tumpuan pada emosi, fizikal dan mental,'' katanya yang ditemui semasa pelancaran program Passion Anggun di KLCC baru-baru ini.
Program Passion Anggun bernilai lebih RM6,100 termasuk rawatan wajah dan badan, produk penjagaan kulit, kosmetik dan suplemen kesihatan untuk setahun. Kini, ia ditawarkan pada harga RM1,900 sahaja untuk tempoh setahun.
Tambahnya, program penjagaan kulit dan rawatan badan yang disediakan bersesuaian dan memenuhi kehendak pelanggan yang mengalami tekanan setiap hari. Setiap rawatan yang disediakan memberikan kesan maksimum pada tempoh minimum.
Karen berkata, menjadi hasrat AsterSpring Origin of Beauty memberikan yang terbaik pada pelanggan. Setiap sentuhan adalah unik dan memenuhi kehendak pelanggan dengan pelbagai gaya hidup dan setiap produk yang yang digunakan bebas daripada bahan-bahan berbahaya.
''Kumpulan ahli terapi kami bukan hanya memberikan nasihat mengenai jenis rawatan yang sesuai dengan pelanggan malah akan menerangkan mengenai perancangan jangka pendek dan panjang dengan penggunaan teknologi terkini bagi hasil yang memuaskan hati setiap orang.
''Selain itu, sesi pendidikan akan diberikan bagi mempastikan pelanggan memahami apa yang mereka perlu lakukan dan rutin seharian semasa di rumah,'' jelasnya
No comments:
Post a Comment