Friday, December 30, 2011
Apa Perlu Aku Buat
Hanya aku yang tahu perasaanku. Sebenarnya rasa tak nak hadapi. Nak keluar aje dari situ, namun bagaimana. Hari ini atau setelah kedua orang tuaku pulang atau awal2 pagi sabtu atau BILA???? Sungguh buntu memikirkannya. Hati, perasaan, jiwa dan ragaku sungguh tidak tenteram disaat ini. Ya Rahman bantulah aku.....selamatkanlah aku dari segala malapetaka Ya Allah. Aku memohon perlindungan dari MU.. yang aku tahu sekarang aku tengah berdebar-debar dan amat takut!!
Thursday, December 29, 2011
Samsung Galaxy Note
Menjadi idamanKU dan setiap mereka yang meminatinya. Sangat cool. Harga pun cool sesangat.
InsyaAllah tahun baru dengan azam untuk mendapatkan ia. Semoga terus berusaha mencari rezeki dengan lebih lagi.
InsyaAllah tahun baru dengan azam untuk mendapatkan ia. Semoga terus berusaha mencari rezeki dengan lebih lagi.
Monday, December 19, 2011
Bersin dan Excuse Me
Susah sangat ke nak mengucapkan "Alhamdulillah" setelah bersin? Dan mengapa kena mengucapkan "Excuse Me". Tak rock agaknya kalau sebut Alhamdulillah, tak barat beb! Dan yang lebih kelakar, bersin tu pulak dalam surau. Kelakar pulak aku tengok. Hik..hik...
Friday, December 16, 2011
Hoping For Healthier dan Happier Weekend
Yes this weekend. I'm hoping and pray for it. Kalau tidak, saya kena mengatur stategi lagi.
Thursday, December 15, 2011
Pertukaran Sekolah Rendah
Aku sekarang dalam proses menukarkan Ashraff ku dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul ke SK La Salle Sentul 2 di atas sebab2 yang rasanya agak sensitif untuk diceritakan.
Usaha Yang Luar Biasa Akan Menghasilkan Kejayaan Yang Luar Biasa
Betul tu, tapi memandangkan aku ni terlalu banyak halangannya terpaksalah terima seadanya.
Monday, December 12, 2011
Cerita Ria Bersama Bintang Hatiku
Balik kerja on Friday terus masuk dapur dengan hajat dihati nak buat bubur jagung dengan cepat kerana anak yang sulong sudah tidak sabar lagi. Selepas jagung siap dihiris, masuk kebilik untuk tidurkan si kecik Aqiff. Apabila datang balik ke dapur, tengok ada serbuk putih dalam periuk jagung yang telah siap dihiris tadi. Tengok punya tengok rupanya white pepper powder yang telah dimasukkan Aisya. Bertuah punya anak, Ashraff dah buat muka sedih sebab takut bubur jagung tidak menjadi dan tidak sedap nanti. Aku terus buang yang atas2 dan basuh sikit jagung yang terkena serbuk itu. Dan Aisya telah lari menyorok di bawah meja. Rasa geram dan kelakar bercampur baur, rasa nak tarik telinga pun ada. Hmmm sabar jelah.
Unforgettable BAD Weekend
AKU BENCI DAN SAKIT HATI YANG TERAMAT.
Ayat diatas menggambarkan segala-galanya. Kalau aku boleh jadi doraemon, mahu saja aku jadikan dia seekor biawak. Biawak memang menyusahkan orang.
Ayat diatas menggambarkan segala-galanya. Kalau aku boleh jadi doraemon, mahu saja aku jadikan dia seekor biawak. Biawak memang menyusahkan orang.
Tuesday, December 06, 2011
Berpuasa Pada 9 dan 10 Muharam
Alhamdulillah, sempat jugak aku berpuasa walaupun start 10 Muharam. Maknanya besok lagi sehari kena puasa.
Monday, December 05, 2011
Masuk Office Selepas Bercuti
Aku seorang di dalam sejuta yang selalu excited untuk ke office selepas bercuti. Aku ada sebab yang tersendiri.
Tuesday, November 29, 2011
Salam Untuk Semua
Alhamdulillah. Hari ni lepas hantar Mr Hubby ke KL Sentral, aku terus pegi office seawal 7.15 pagi dah sampai. Ofis gelap gelita, tak nak takut ye...terus buka semua lampu.
Janji dengan anak-anak nak bawak diorang pegi pasar malam hari ni, itupun kalau sampai rumah awal.
Janji dengan anak-anak nak bawak diorang pegi pasar malam hari ni, itupun kalau sampai rumah awal.
Thursday, November 24, 2011
KAU MEMANG SOMBONG DAN BONGKAK
Nak kata berasal dari golongan kaya , bukannya kaya pun, rasanya perasan kaya tu lebih lagi daripada harta yang ada. Orang lain lagi melambak KAYA RAYA, tak delah bongkak macam tu sekali. Yang aku tengok, keluarga dia asyik menyusahkan orang disekeliling dia adalah. Setakat boleh duduk dalam rumah yang ala-ala banglo [ atau lebih tepat lagi adalah rumah batu ] pun dah rasa kaya, susahlah sedara. Aku tak tahu macamana keluarga dia rasa hebat dengan kehidupan 'yang berasa KAYA tetapi tidak berapa ADA HARTA' itu.
Aku walaupun daripada keluarga yang biasa-biasa rasanya lagi bahagia dan senang lenang hidup, tanpa menyusahkan orang sekeliling, tidak meminta-minta. Kekadang malu bila tengok keluarga dia yang suka meminta-minta kesana kemari. Nasib baik keluargaku bukan begitu...malu beb!
Aku walaupun daripada keluarga yang biasa-biasa rasanya lagi bahagia dan senang lenang hidup, tanpa menyusahkan orang sekeliling, tidak meminta-minta. Kekadang malu bila tengok keluarga dia yang suka meminta-minta kesana kemari. Nasib baik keluargaku bukan begitu...malu beb!
Wednesday, November 23, 2011
Jantan Psiko Makin Ramai
myMetro | Seterika muka isteri
Sila klik link diatas untuk mengetahui kisah jantan psiko selanjutnya. Biasanya jantan macam ni lambat mamp** dan kerja dia hanya untuk mendera pasangannya sahaja.
Sila klik link diatas untuk mengetahui kisah jantan psiko selanjutnya. Biasanya jantan macam ni lambat mamp** dan kerja dia hanya untuk mendera pasangannya sahaja.
Tuesday, November 22, 2011
SYABAS HARIMAU MALAYA!

Skuad Harimau Malaya Kebanggaan Ku....
Alhamdulillah. Syukur sebab menang walaupun hampir-hampir nak kena sakit jantung dibuatnya. Pertama kali aku tengok bola dengan penuh emosi, agaknya disebabkan perasaan kurang suka dengan orang Indon yang kurang tahu bersyukur. Akhirnya, skuad harimau dapat membuatkan penyokong Indonesia ternganga, daripada Garuda telah bertukar menjagi burung gagak tua.
Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Andi Mallarangeng sebelum ini menjanjikan bonus 200,000,000 rupiah (RM70,000) kepada setiap atlet berjaya meraih pingat emas.
Untuk skuad Harimau kita apa mereka akan dapat nanti. Kepada mereka yang berkenaan, diharapkan dapatlah berikan hadiah dan sumbangan yang setimpal dengan keringat dan semangat yang telah mereka sumbangkan.
Monday, November 21, 2011
Isnin Yang Sentiasa Aku Nantikan
Aku lagi suka weekdays compare to weekend. Reason: hanya diriku yang tahu!!
Friday, November 18, 2011
Wednesday, November 16, 2011
After Attending COURSE
After 2 day course/workshop at Grand Millenium Hotel, Bukit Bintang. Very great and excellent course and speakers except the speaker for Negotiation Skill slot. Maria Kassova, dia her great presentation and very lively talk, plus 'very the sporting participant'.
Friday, November 11, 2011
Tengok Pencuri Depan Mata
Masa tengah tunggu hubby Kat Pusrawi. Dia curi duit tabung untuk anak-anak yatim.
Thursday, November 10, 2011
Tangan Kakak Sudah OK
Besok kakak akan discharge. Hasil X-Ray dan scan menunjukkan tangan kakak tak de apa2 yang serius...Alhamdulillah!
Malam tadi Kakak tidur dengan Ayah kat Pusrawi. Ibu, Abang dan Adik tidur kat rumah.
Malam tadi Kakak tidur dengan Ayah kat Pusrawi. Ibu, Abang dan Adik tidur kat rumah.
Wednesday, November 09, 2011
Kakak Dimasukkan Ke Hospital Pusrawi
Untuk dilakukan ujian yang lebih lanjut. Sebelum ke Pusrawi aku telah pegi ke Hospital Pantai terlebih dahulu berjumpa dengan Paeditrician ku, then dia refer ke Orthopedics. Namun Orthopedic mahu kami ke Hospital Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Orthopedic Kanak-Kanak. Tapi macam biasalah hospital kerajaan, kena buat appointment dulu. So aku bawaklah pegi Pusrawi, untuk dapatkan second opinion. Then diorang refer to Orthopedic. Orthopedic mahu lakukan pemeriksaan dengan lebih terperinci kerana dia tengok Aisya macam sakit dan tangan dia shaky bila nak angkat.
Tuesday, November 08, 2011
Friday, November 04, 2011
Thursday, November 03, 2011
Wednesday, November 02, 2011
Sayang Mak
Alhamdulillah, Mak dah keluar hospital. Mak dah sihat dan tekanan darah sudah stabil. Tak sabar nak balik kampung for Hari Raya Haji, nak peluk dan cium Mak. Rinduuuuu Mak dan We dan semuanya....semuanya!
Tuesday, November 01, 2011
Syukur
Keadaan Mak stabil, cuma ada penyakit baru yang datang iaitu diabetes. Namun aku bersyukur sangat sebab Mak dalam keadaan yang baik.
Anakku, Nik Aqiff sudah 2 hari panas badan, terutamanya di waktu malam. Semoga adik cepat sembuh ya.
Anakku, Nik Aqiff sudah 2 hari panas badan, terutamanya di waktu malam. Semoga adik cepat sembuh ya.
Monday, October 31, 2011
Sedih
Emak masuk hospital disebabkan tekanan darah tinggi. Ya Allah, Engkau sembuhkanlah Ibuku Ya Allah.
Zila pulak bersalin 7 bulan. Baby akan dijaga oleh pihak hospital selama dua bulan. Walaupun seberat 1.2kg namun Dr memberitahu yang jantungnya agak kuat.
Zila pulak bersalin 7 bulan. Baby akan dijaga oleh pihak hospital selama dua bulan. Walaupun seberat 1.2kg namun Dr memberitahu yang jantungnya agak kuat.
Sun, Sea and Sand Challenge 2011
The event organized by Women's Sports and Fitness Foundation Malaysia (WSFFM)
@ Jerejak Rainforest Resort, Penang.
@ Jerejak Rainforest Resort, Penang.
Jungle Trekking, Terbaek!!! syabas untuk semua !
Thursday, October 27, 2011
Update Untuk Abang
Semalam cuti Deepavali. Bawak Abang keluar pegi beli mainan. Suruh dia pilih apa sahaja yang dia nak, dan dia pilih kereta remote control berwarna merah. Nampak dia happy dan ceria sangat.
Malam tadi, bawak dia jumpa Ustaz di Bandar Manjalara, Kepong. Ustaz suruh dia minum banyak air putih. Alhamdulillah, semoga Abang cepat sembuh seperti sediakala.
Kakak pun sekarang ni, suhu badan asyik meningkat, on and off, sungguh tidak menentu. nasib baik Adik Aqiff sihat walafiat dah. Telinga pun sudah tidak bernanah lagi. Alhamdulillah Ya Allah.
Dahlah besok nak bertolah pergi Penang. Semoga semuanya berjalan lancar dan anak-anak semuanya ok.
Malam tadi, bawak dia jumpa Ustaz di Bandar Manjalara, Kepong. Ustaz suruh dia minum banyak air putih. Alhamdulillah, semoga Abang cepat sembuh seperti sediakala.
Kakak pun sekarang ni, suhu badan asyik meningkat, on and off, sungguh tidak menentu. nasib baik Adik Aqiff sihat walafiat dah. Telinga pun sudah tidak bernanah lagi. Alhamdulillah Ya Allah.
Dahlah besok nak bertolah pergi Penang. Semoga semuanya berjalan lancar dan anak-anak semuanya ok.
Jiwa Kacau
Emosiku minggu ini sangat teruk. Rasa ingin menangis, rasa risau, dan bermacam-macam rasa yang ada. Sedih tengok anak-anak yang tahap kesihatannya kurang memuaskan. Ya Allah, aku mohon rahmatMU.
Tuesday, October 25, 2011
Half Day For Deepavali
Happy Deepavali. Office closed at 2.00 pm today.
Aku nak bawak Abang jumpa Dr. Khairul sekali lagi, sebab Abang still lagi lemah semacam. Moga-moga tiada apa2 yang kritikal. Doakan kami.
Aku nak bawak Abang jumpa Dr. Khairul sekali lagi, sebab Abang still lagi lemah semacam. Moga-moga tiada apa2 yang kritikal. Doakan kami.
Abang Pening Lagi
Malam tadi suhu badan dia agak tinggi. Ubat yang dibekalkan oleh Dr. setelah keluar wad pun sudah diberi cuma kurang memberi kesan. Abang masih lagi ada rasa pening-pening. Air mataku sekejap2 tumpah kerana sedih tengok keadaan Abang begitu. Sebelum ini dia tidak pernah sakit berlarutan, jika demam pun hanya 2 atau 3 hari sahaja. Hari ini ayah cuti temankan Abang dirumah, masa hantarkan aku ke tempat kerja, bawak Abang ikut sekali dan bersarapan pagi di kedai Pak Hassan, kerana Abang memang sukakan roti canai disitu. Namun sampai sahaja di kedai Pak Hasan, Abang sakit perut sampai bibir pucat, aku terus bawak pergi ke tandas tingkat 2. Alhamdulillah, selepas itu aku nampak bibir Abang merah semula. Aku suapkan Abang roti canai dan dia nampak sungguh berselera. Masa Abang nak balik dengan ayah, sekalilagi aku menitiskan airmata sebab Abang kelihatan tidak cergas seperti selalu. Semoga Abang cepat sembuh ya..
Monday, October 24, 2011
Dear Ashraff Admitted
Pantai Hospital, Ampang. Sebab Abang demam dan pening berlarutan. Malam jumaat sudah bawak pegi jumpa doktor kat Pusrawi. Lepas ambil ubat, tiada perubahan langsung, masih sakit lagi, asyik menangis. So hari sabtu lebih kurang jam 12 tengahari bawak ke Pantai Hospital, Ampang berjumpa dengan Pediatrician Dr. Khairul Zaman Omar. Dia nasihatkan supaya masuk wad untuk di diagnosis selanjutnya. After some test done, Alhamdulillah, Ashraff is free from any disease but the sinus that make him headache. Dr. Khairul were conducted the blood tests, x-ray and ct scan.
Friday, October 21, 2011
Tarbush Lunch
Me and Wicky had a soup, me of course muhroom soup and Wicky addas soup. Adeline had a tabouleh salad, which we had sharing it together and falafel, briyani rice and shish tawook. meanwhile Farah had the mixed grill and briyani rice. And we are so full, Alhamdulillah....Thanks Addy..... :)
Tuesday, October 18, 2011
Monday, October 17, 2011
Friday, October 14, 2011
SOGO Warehouse Sale
Drypers at RM33 (M84, L72, XL60) dan baju kanak-kanak pun tak kurang hebatnya...kanlah sangat!
Tuesday, October 11, 2011
Friday, October 07, 2011
Mahu Start Balik
Moga-moga adanya idea yang cantik cantik gitew
Setelah sekian lama, berhabuk, bersawang sudah...... :)
Setelah sekian lama, berhabuk, bersawang sudah...... :)


