Friday, December 30, 2011
Apa Perlu Aku Buat
Hanya aku yang tahu perasaanku. Sebenarnya rasa tak nak hadapi. Nak keluar aje dari situ, namun bagaimana. Hari ini atau setelah kedua orang tuaku pulang atau awal2 pagi sabtu atau BILA???? Sungguh buntu memikirkannya. Hati, perasaan, jiwa dan ragaku sungguh tidak tenteram disaat ini. Ya Rahman bantulah aku.....selamatkanlah aku dari segala malapetaka Ya Allah. Aku memohon perlindungan dari MU.. yang aku tahu sekarang aku tengah berdebar-debar dan amat takut!!
Thursday, December 29, 2011
Samsung Galaxy Note
Menjadi idamanKU dan setiap mereka yang meminatinya. Sangat cool. Harga pun cool sesangat.
InsyaAllah tahun baru dengan azam untuk mendapatkan ia. Semoga terus berusaha mencari rezeki dengan lebih lagi.
InsyaAllah tahun baru dengan azam untuk mendapatkan ia. Semoga terus berusaha mencari rezeki dengan lebih lagi.
Monday, December 19, 2011
Bersin dan Excuse Me
Susah sangat ke nak mengucapkan "Alhamdulillah" setelah bersin? Dan mengapa kena mengucapkan "Excuse Me". Tak rock agaknya kalau sebut Alhamdulillah, tak barat beb! Dan yang lebih kelakar, bersin tu pulak dalam surau. Kelakar pulak aku tengok. Hik..hik...
Friday, December 16, 2011
Hoping For Healthier dan Happier Weekend
Yes this weekend. I'm hoping and pray for it. Kalau tidak, saya kena mengatur stategi lagi.
Thursday, December 15, 2011
Pertukaran Sekolah Rendah
Aku sekarang dalam proses menukarkan Ashraff ku dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul ke SK La Salle Sentul 2 di atas sebab2 yang rasanya agak sensitif untuk diceritakan.
Usaha Yang Luar Biasa Akan Menghasilkan Kejayaan Yang Luar Biasa
Betul tu, tapi memandangkan aku ni terlalu banyak halangannya terpaksalah terima seadanya.
Monday, December 12, 2011
Cerita Ria Bersama Bintang Hatiku
Balik kerja on Friday terus masuk dapur dengan hajat dihati nak buat bubur jagung dengan cepat kerana anak yang sulong sudah tidak sabar lagi. Selepas jagung siap dihiris, masuk kebilik untuk tidurkan si kecik Aqiff. Apabila datang balik ke dapur, tengok ada serbuk putih dalam periuk jagung yang telah siap dihiris tadi. Tengok punya tengok rupanya white pepper powder yang telah dimasukkan Aisya. Bertuah punya anak, Ashraff dah buat muka sedih sebab takut bubur jagung tidak menjadi dan tidak sedap nanti. Aku terus buang yang atas2 dan basuh sikit jagung yang terkena serbuk itu. Dan Aisya telah lari menyorok di bawah meja. Rasa geram dan kelakar bercampur baur, rasa nak tarik telinga pun ada. Hmmm sabar jelah.
Unforgettable BAD Weekend
AKU BENCI DAN SAKIT HATI YANG TERAMAT.
Ayat diatas menggambarkan segala-galanya. Kalau aku boleh jadi doraemon, mahu saja aku jadikan dia seekor biawak. Biawak memang menyusahkan orang.
Ayat diatas menggambarkan segala-galanya. Kalau aku boleh jadi doraemon, mahu saja aku jadikan dia seekor biawak. Biawak memang menyusahkan orang.
Tuesday, December 06, 2011
Berpuasa Pada 9 dan 10 Muharam
Alhamdulillah, sempat jugak aku berpuasa walaupun start 10 Muharam. Maknanya besok lagi sehari kena puasa.
Monday, December 05, 2011
Masuk Office Selepas Bercuti
Aku seorang di dalam sejuta yang selalu excited untuk ke office selepas bercuti. Aku ada sebab yang tersendiri.