Wednesday, August 19, 2009

Mekah dan Kelebihannya


Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI, Utusan Online 19 Ogos 2009
Arafah adalah antara tempat yang mustajab untuk umat Islam yang mengerjakan haji berdoa.

Firman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 96 yang bermaksud: Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

Berkenaan dengan nama Bakkah itu sendiri ada dua pendapat:
~ Diambil daripada kesibukan kerana sibuk orang ramai ketika tawaf.
~ Dinamakan Bakkah kerana tempat tersebut telah menundukkan leher-leher orang yang takbur apabila mereka melakukan dengan kezaliman pasti dibalas dengan segera.

Nama-nama Mekah
Uniknya kota suci Mekah mempunyai banyak nama sebagai lambang kemuliaannya. Justeru, Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: "Ketahuilah bahawa banyaknya nama menunjukkan kepada kebesaran yang dinamakan, sebagaimana banyaknya nama Allah SWT dan nama Rasul-Nya.

"Kita tidak mengetahui suatu tempat yang mempunyai banyak nama selain daripada Mekah dan Madinah, kerana kedua-duanya merupakan sebaik-baik bumi. Disebabkan kerana banyaknya sifat yang boleh dinamakan kepada kedua-duanya".

Suka dinyatakan di sini beberapa nama bagi kota Mekah yang masyhur. Antaranya:

i. Mekah

Mekah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Mekah kerana Tanah Haram Mekah seluruhnya, kerana Mekah mengurangkan atau menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya, atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Mekah, atau kerana Mekah menghapuskan pemerintah yang zalim dan menundukkan kesombongan mereka.

Dikatakan kerana Mekah menarik ramai manusia datang kepadanya, juga kerana sedikit air yang terdapat padanya.

ii. Bakkah

Bakkah ertinya memecah, mencarik atau menunduk seperti yang telah dinyatakan di atas.

iii. Ummu al-Qura

Penamaan Ummu al-Qura membawa maksud ibu kampung atau kota kerana tempat tumpuan manusia. Di samping menjadi kiblat dan terdapatnya Kaabah al-Musyarrafah sejak sekian lama.

iv. Al-Balad dan Al-Baldah

Al-Balad membawa maksud negeri iaitu kota Mekah itu sendiri.

v. Al-Baladu al-Amin

Ia bermaksud negeri yang aman. Mereka yang masuk pasti mendapat keamanan. Al-Maraghi berkata: "Mekah yang dimuliakan Allah dengan adanya Kaabah".

vi. Haraman Amina

Maksudnya ialah Tanam Haram yang aman. Ini terbukti, kota Mekah sememangnya telah menjadi negeri yang aman sejak dahulu lagi.

vii. Al-Qaryah

Maksudnya ialah negeri atau kampung. Negeri yang dimaksudkan ialah Mekah.
Sheikh Badruddin al-Zarkashi Rahimahullah menyebut sebanyak 30 nama bagi kota Mekah.

Jelas di sini menunjukkan betapa prihatinnya ulama berkenaan dengan kelebihan dan keistimewaan kota Mekah.

Fadilat Mekah dan keistimewaannya
Mekah mempunyai banyak keistimewaan dan fadilatnya.

Pertama:
Dajjal tidak boleh memasuki kota Mekah. Ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari.

Kedua:
Tawaf mempunyai banyak kelebihan dengan dihapuskan segala kesalahan dengan diberi kebajikan seperti riwayat al-Tirmidzi. Begitu juga, orang yang tawaf dan solat serta memandang Kaabah mendapat banyak rahmat.

Ketiga:
Kelebihan solat di Masjid al-Haram setara dengan seratus ribu di masjid yang lain seperti riwayat Ahmad.

Keempat:
Mekah merupakan sebaik-baik tempat di muka bumi berdasarkan hadis riwayat al-Tirmidzi.

Kelima:
Terdapat banyak tempat yang mustajab doa di Mekah seperti di belakang maqam Ibrahim, di antara dua rukun Hajar al-Aswad dan Yamani, dalam Hijr Ismail, Arafah, Mina, Mudzlifah dan banyak lagi.

Keenam:
Air zamzam yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dapat menyembuhkan penyakit serta ditunaikan hajat dengan izin Allah SWT. Dan lain-lain lagi.

Penutup
Mekah mempunyai seribu satu macam kelebihan, keistimewaan dan keberkatan. Justeru, bagi yang menjadi dhuyuf al-rahmah (tetamu Allah) hendaklah mengambil kesempatan ketika berada di kota Mekah untuk mempelbagaikan aktiviti ibadat kepada Allah SWT. Semoga mendapat haji yang mabrur. Amin.

Tuesday, August 11, 2009

Tarik minat menabung untuk masa depan

Oleh SUBASHINI RAJANDRA subashini.rajandra@kosmo.com.my

Selain menggalakkan ibu bapa membuat tabungan pendidikan untuk anak-anak, kempen ini turut menganjurkan peraduan “Merdekanya Bila Cuti Sekolah”.

MOHAMAD SHAHRUM OSMAN (dua dari kiri) berjabat tangan dengan Pengarang Kanan Suplemen Utusan Malaysia, Ariffin Nordin.

HARI Kemerdekaan yang bakal disambut pada hujung bulan nanti, bukan sekadar membawa erti kejayaan yang dikecapi setelah membebaskan diri daripada kongkongan penjajah. Pengertian kemerdekaan juga boleh diperluaskan kepada aspek lain kehidupan.

Misalnya, memerdekakan diri daripada bebanan hutang atau masalah kewangan.
Menyedari peningkatan kos yang terpaksa ditanggung ibu bapa apabila anak-anak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen promosi skim Simpanan Pendidikan Nasional 2009 (SSPN), baru-baru ini.

Secara amnya, kempen ini menggalakkan ibu bapa atau pendeposit membuat tabungan di dalam akaun SSPN. Akaun ini menyediakan pelbagai faedah untuk jaminan masa depan anak-anak. Diperkenalkan dengan kerjasama sepenuhnya daripada kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, ia bermula sejak 1 Ogos lalu dan akan berakhir pada 31 Ogos 2009.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman menyatakan, selain menarik minat ibu bapa untuk membuat tabungan untuk anak-anak sejak awal lagi, kempen ini turut menganjurkan peraduan yang dikenali sebagai 'Merdekanya Bila Cuti Sekolah'. Ia terbuka kepada kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun."

"Penyertaan adalah berasaskan kepada syarat minimumnya, mempunyai akaun SSPN dengan baki simpanan RM500," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran peraduan 'Merdekanya Bila Cuti Sekolah' di ibu pejabat Utusan, di Kuala Lumpur.

Borang penyertaan yang disiarkan di kedua-dua akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!, dibahagikan kepada dua kategori. Kategori 1 untuk murid sekolah rendah iaitu tahun satu hingga tiga. Mereka dikehendaki menunjukkan bakat mewarna secara kreatif.

Kategori 2 yang terbuka bagi murid-murid tahun empat hingga enam, hanya memerlukan mereka mengira bilangan perkataan SSPN yang ada di dalam gambar.

Mereka yang terpilih bakal memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai RM25,000 bagi setiap kategori. Ini termasuklah hadiah tempat pertama bernilai RM5,000, tempat kedua RM2,500, tempat ketiga RM1,000, tempat keempat RM500 dan tempat kelima RM100.

Sebanyak 100 unit set lengkap beg sekolah, merangkumi kotak pensel, botol air dan buku nota kecil turut akan diberi kepada pemenang saguhati.

Shahrum juga menekankan kepentingan menyemai sikap menabung bagi kesejahteraan hidup anak-anak sewaktu mereka masih kecil lagi.

Jelasnya, jika sejumlah RM100 disimpan di dalam akaun SSPN ketika anak berusia satu tahun, jumlahnya akan berlipat ganda kepada lebih RM20,000 apabila dia bersedia untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Ini termasuklah anggaran pemberian dividen sebanyak empat peratus setahun.

Ini bermakna, ibu bapa dan anak tidak perlu risau untuk membayar balik kos pendidikan yang tinggi. Sebaliknya, beban kewangan itu dapat dilangsaikan dengan mudah dan cepat dalam sekelip mata.

Turut hadir pada majlis yang sama ialah Pengurus Kanan Sektor Operasi PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff dan Pengarang Kanan Suplemen Utusan Malaysia, Ariffin Nordin.

Amalkan sikap membelai pasangan

Oleh ZUHAYATI YAZID, Utusan Malaysia

Jadikan pasangan sebagai rakan karib yang boleh berkongsi suka duka yang berlaku pada diri masing-masing.


PERKAHWINAN adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.

Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran.
Dalam usaha memberi kefahaman itu kepada pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dalam melayari hubungan rumah tangga.

Selain aspek kasih sayang, tanggungjawab, kewangan dan hubungan seksual juga mempengaruhi kebahagiaan hidup rumah tangga "Setiap perhubungan mesti ada kerjasama, baru hidup berkekalan.

''Malah sikap terbuka dalam hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan."

Demikian menurut Perunding Psikologi dan Klinikal dan ahli fakulti Northwestern University Feinberg School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Huang Wei Jen semasa memberi ceramah mengenai keintiman dan kebahagiaan pasangan dalam melayari rumahtangga.

Katanya, masalah intim dapat dilihat menerusi pelbagai aspek. Ia mungkin di sebabkan oleh masalah psikologi, rohaniah dan kebatinan serta tindak balas fizikal yang membuatkan kita memerlukan hubungan intim dalam perhubungan.

Jelasnya, intim di sini bukan bermaksud melakukan hubungan seksual, tetapi cara berinteraksi dan tindak balas dalam sesebuah perhubungan.

''Yang paling utama kita sebagai pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal.

Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak.

"Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan," katanya.

Menurut Wei Jen, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang perlu bagi tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah.

''Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan semata-mata tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yang lain dalam meneruskan bahtera tersebut.

Bercerita tentang tanggungjawab, suami sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga.

Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumahtangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumahtangga.

Katanya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang psikologi klinikal, dalam melayari sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain.

Lebih menarik, dalam meneruskan hubungan, sikap membelai-belai antara satu sama lain perlu diamalkan dalam hubungan suami isteri. Malah pasangan juga digalakkan untuk berterus terang mengenai semua perkara.

''Sememangnya kita tidak mahu badai besar merempuh rumah tangga kita, oleh itu hanya melalui sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yang paling tepat.

''Berterus teranglah dengan pasangan kita, malah jadikan pasangan kita sebagai kawan karib kita yang boleh berkongsi suka dan duka yang berlaku pada diri kita.

''Apa jua krisis yang dihadapi, harungilah sebagai satu unit dan bukan secara individu,'' katanya.
Malah akuinya lagi, buatlah keputusan bersama dalam meneruskan bahtera perkahwinan.

Tambah Wei Jen, prinsip ini pernah memberi impak yang tinggi dalam rumahtangganya sendiri.
Komitmen yang mempersetujui sesuatu keputusan akan memaksa pasangan untuk bercerita secara mendalam dengan pasangan.

Namun jelasnya, ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif adalah punca menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain.
''Oleh itu, kurangkan sikap sering bergaduh, saling tidak mempercayai dan salah sangka antara pasangan,'' ujarnya.

"Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri. "Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan.

''Malah dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati. ''Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia,'' tambahnya.

Jelasnya, hanya melalui perkongsiaan bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan.
''Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dengan pasangan mengenai kejadian yang berlaku pada diri anda hari ini.

''Pastinya ada komen dan juga pandangan antara satu sama lain, malah ia juga boleh menghangatkan lagi perhubungan tersebut,'' akhiri ceramahnya pada hari itu.

Monday, August 10, 2009

Azam mendidik anak

Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?


"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."

KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?

Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Jadikan contoh
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.
Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.

Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.
Mendisiplinkan anak
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.

Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama.
Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.

Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.

Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.

Memahami anak
Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?

Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.

Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat
Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.

Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan.
Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.
"GALAKKAN anak aktif dalam aktiviti fizikal bagi mengelakkan risiko menjadi obes."

Aktiviti fizikal
Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya.

Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.

Berkomunikasi secara efektif
Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia
Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.

Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.

Kosmo Online (Famili)

5 Kaedah Bagaimana Kemarahan Boleh Menjadi Satu Perkara Yang Baik

Pengalaman memarahi orang lain mungkin membuatkan ramai berpendapat rasa marah adalah satu perkara buruk. Menengking anak-anak semata-mata untuk mendapatkan kerjasama mereka tidak selalu meninggalkan rasa positif kepada diri ibu bapa.

Malah, menyaksikan pergaduhan anak ketika mereka melenting juga tidak mendatangkan sebarang perasaan yang menggembirakan.Namun, mungkin tidak ramai yang sedar bahawa kemarahan itu ada tujuannya dalam kehidupan kita.

Ia datang dengan hikmah mengajar manusia seperkara dua tentang cara memperoleh hubungan yang lebih sihat dan bahagia.

Berikut adalah lima kaedah bagaimana kemarahan sebenarnya boleh menjadi satu perkara yang baik:

1. Kemarahan sebagai pelindung
Apabila anak berada dalam situasi merbahaya atau mencemaskan, minda anda secara automatik akan mencetuskan satu rangkaian reaksi yang boleh menaikkan kemarahan.Maka, anda tidak mempunyai masa untuk berhenti dan memikirkan tindakan berikutnya.

Kemarahan sebenarnya memintas fikiran bagi membolehkan manusia terus bertindak serta-merta. Ini sekali gus merupakan kaedah alam atau natural untuk melindungi keluarga daripada sebarang kecederaan.

2. Kemarahan sebagai petanda
Tujuan kemarahan itu wujud adalah untuk menghapuskan masalah-masalah dalam kehidupan, bukannya perhubungan. Apabila sesuatu memerlukan perubahan dramatik, kemarahan tidak hanya memberitahu anda apa yang perlu diketahui, malah, ia memberi anda kuasa untuk melakukan sesuatu.

Misalnya, apabila doktor anak tidak mendengar keluhan anda, maka, menjadi marah mungkin boleh 'merancakkan' suasana dan mencari punca masalah agar ia boleh diselesaikan.

3. Kemarahan mengawal
Anak anda membiarkan semua barangan permainannya berselerak di serata rumah lagi! Terlalu penat untuk menengking perlakuan anak itu untuk mendapatkan kerjasamanya, kemarahan mungkin membantu.

Perasaan marah boleh memberitahu bahawa anda mempunyai harapan terlalu tinggi atau peraturan yang ditetapkan tidak cukup jelas.Gunakan tenaga daripada kemarahan anda untuk berkomunikasi tentang peraturan tersebut. Disusuli dengan disiplin yang konsisten serta berpatutan, seiring dengan usia anak.

4. Kemarahan sebagai suara
Apa yang kita katakan kepada diri biasanya akan menjejaskan tahap emosi. Jika kita memberitahu diri sebagai ibu bapa yang teruk, maka, teruklah jadinya. Sebaliknya, jika kita berkata kepada diri agar melakukan yang terbaik dalam apa juga situasi, maka, kita akan bertindak tanpa rasa terlalu tertekan.

Belajarlah mendengar 'suara kecil' dan cuba mencabar sebahagian persepsi salah yang telah anda terapkan untuk diri dan si anak. Mintalah pandangan jujur daripada rakan-rakan. Jika apa yang anda katakan tentang diri itu benar, maka, gunakan maklumat ini untuk membuat perubahan dalam hubungan anda dan anak.

5. Kemarahan sebagai pengajaran
Gaya pengurusan kemarahan biasanya diwarisi daripada ibu bapa. Andainya ibu anda merupakan seorang yang suka menengking atau menjerit, maka besar kemungkinan, anda akan mengikut jejaknya.

Biarpun setelah anda bersumpah tidak akan bersikap sepertinya.Buangkan idea bahawa kemarahan itu satu perasaan yang buruk. Kemarahan ialah satu proses natural dan tidak dapat dielakkan.

Tetapi, pastikan anda faham emosi ini boleh dikawal. Buktinya, menerusi sedikit latihan.Berikan diri anda masa untuk mencari kaedah berdepan dengan cabaran mendidik anak, sama ada melalui bacaan buku ataupun menghadiri kelas mengurus kemarahan.

Artikel dari Serikasih.Blogspot

Friday, August 07, 2009

Power Up


Get the right vitamins and minerals to keep you energised all day long.

YOU can’t hear, see, touch or smell it, but when you don’t have it, your body feels it immediately. You’re tired, listless and weak. If you’re still guessing what it is, the answer is energy.

Nobel laureate Albert V. Szent-Gyorgyi once described energy as the “currency” of life. He couldn’t be more right.

From eating, walking, exercising, working and to everything you do, you need energy. Even at a cellular level, energy is needed to fight off infections and break down toxins in the body. Your body also needs energy to produce hormones, enzymes and other molecules that are essential for survival.

Energy is basically obtained from the carbohydrate, protein and fat we consume. Your body converts or metabolises energy from these dietary sources through a complex process.

Excess energy is converted into adipose tissue (fat) and is stored for later use. A small amount of carbohydrate is stored in the liver and muscles as glycogen for quick release when needed. This energy is normally released when needed for, say, physical activity.

How much energy a person needs depends on their level of physical activity, gender, age and body size.

Intake also varies if someone has special requirements such as being pregnant, recovering from cancer or even surgery. Everyone has his own energy requirement and all of us want to be sufficiently energised so we can be productive throughout the day.

“Energy is very important when you’re leading a physically active lifestyle. Having high energy levels allows you to be more productive, do and achieve more, and get the most of out life,” says Teresa Chian of the Dance Space studio in Kuala Lumpur.

Surech Kuppusamy, an Alpine and Himalayan climber who has climbed several peaks including Everest, Ama Dablam and aiguille des PĂ©lerins, shares: “When you know you have the energy to conquer a task, you’re more motivated and confident to go on.

Apart from rest and training, nutrition is important in giving you the energy to perform well. Vitamins also constitute essential regulative and protective substances that your body needs. So, it’s not just about calories but also vitamins and minerals.”

The answer could be as simple as getting more calories from your food. But many times, energy intake is not the problem. After all, too much energy-rich foods could lead to other problems such as weight gain.

Another factor is your body’s ability to convert energy from your food intake. Consuming the right vitamins and minerals in the right quantities is vital.

Power boosters

Studies have indicated that there is a relationship between micro-nutrients, energy metabolism and an individual’s well-being. Further research also shows that vitamin and mineral supplements can alleviate the risk of inadequate micro-nutrient intake. However, nutrient deficiencies can only be addressed if the supplements are taken for an adequate period of time.

So, what vitamins and minerals can boost your energy levels?

They are the Vitamins B group and C as well as iron, magnesium and potassium. A well-balanced diet should give you sufficient quantities of these, but even in developed countries, people often fail to eat healthily due to poor food choices, improper eating habits such as skipping meals, and following faddish diets.

Smoking and excessive alcohol consumption are also culprits. But sometimes, you may just need more nutrition if you’re pregnant, breastfeeding or an elderly person.

A good health supplement can make a difference. The B Vitamins support energy metabolism from protein, carbohydrate and fat. They help in the release of energy from foods.

Except for Vitamin B12, the others cannot be stored in the body and need to be replenished daily. So getting adequate quantities daily is very important. Specifically, Vitamin B1 (thiamine) is directly linked to carbohydrate intake and the metabolic rate.

Vitamin B2 (riboflavin) is also needed for the utilisation of energy from food. It also aids in the utilisation of protein, fat and carbohydrate for energy.

Iron is needed for the formation of haemoglobin, which is a substance in our blood that carries oxygen to tissues. If you are constantly fatigued, lack of iron could be the reason. Severe lack of iron can lead to anaemia. Magnesium and potassium are required to break down glucose into energy in our bodies.

When magnesium is low, our body produces more lactic acid which makes us tired. In fact, magnesium is a co-factor in over 300 enzyme reactions, particularly those involving metabolism of food components. Potassium is also necessary to convert sugar in the blood into energy.
Rounding it off is Vitamin C, which is needed as it increases iron absorption; this means it needs to work in tandem with iron.
There are probably times when we all want to feel a little more energetic to get us through the day. Well, besides looking at your caloric intake, do also look at the quantities of vitamins and mineral in your diet. Follow this formula (calories + vitamins + minerals = energy) and fatigue and lethargy would be a thing of the past.

The Star 29/7/09, Article courtesy of Wyeth Consumer Healthcare

Tuesday, August 04, 2009

Suami Tumpang Kesenangan Isteri

Kisah benar yang sungguh kelakar dan memalukan kaum itu......

Biasanya apabila seseorang itu tak kira lelaki ataupun perempuan, kalau dia dah suka dan sayang, pada seseorang, dia tidak akan mahu mendengar nasihat orang lain walaupun ibu bapanya sendiri yang dianggapnya musuh. Padanya semua nasihat itu hanya untuk menghancurkan impiannya, lebih teruk lagi di anggap berniat jahat

Demikian pandangan seorang adik bernama Edriana, dalam e-melnya kepada penulis. Katanya dia ingin menceritakan penderitaan yang ditanggang oleh kakaknya, Eliza gara-gara berkahwin dengan suami orang.

Walaupun kini kakak sudah berkahwin lebih 5 tahun, tapi kami sekeluarga tahu hidupnya menderita bukan seperti yang dia gambarkan bahawa dia bahagia.''Tidak ada seorang pun ahli keluarga kami suka dengan keputusannya untuk berkahwin dengan suami orang.

Malah tuduhan kaum keluarga madunya bahawa kami menggalakkan keputusannya mahu berpoligami itu semuanya bohong belaka.''Emak dan ayah sendiri menasihati dan membantah keputusannya, tetapi kakak degil dia tetap dengan keputusannya.

Saya rasa semua ibu bapa tak suka kalau anaknya bermadu, tetapi kalau anaknya berkeras dengan keputusannya, apa yang boleh dilakukan. Anak tetap anak, takkan ibu bapa nak buang anak semata-mata kerana dia berpoligami.''Kami juga tahu tidak akan aman hidup wanita yang berpoligami, baik yang kena madu atau pun bermadu, Sama-sama akan hidup dalam penuh penderitaan.

Mungkin di luar sahaja mereka nampak gembira, tetapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Hidup kakak pun sama, seperti kata pepatah Melayu 'macam ikan dalam lukah, nak masuk senang, nak keluar susah.'''Saya baca banyak cerita orang bermadu dalam ruangan DCCK ini, saya rasa tidak ada kesenangan dan kegembiraan dalam hidup mereka.

Tetapi kerana sudah tersilap langkah, nak berpatah balik terasa malu. Terutama bila bersuami macam suami kakak yang kami panggil 'poyo' dan suka mengambil kesempatan atas kedudukan kakak saya.

''Tujuan saya bercerita ini untuk menjadi teladan kepada saya juga kepada gadis-gadis lain supaya janganlah terjebak hidup bermadu. Untuk itu saya suka berkongsi cerita dengan anda semua. Biarlah cerita pahit maung kehidupan kakak saya ini menjadi pembuka mata kepada gadis juga wanita yang dibuai mimpi indah oleh suami orang bahawa cinta itu indah.

''Masa kak Eliza mula berkahwin dahulu umurnya sudah lanjaut lebih 30-an kerana itu dia tak memilih agaknya, tapi suaminya pun pandai memilih, kerana wanita lanjut usia senang dipikat dan mungkin dia menyangka kakak sudah tidak ada pilihan kecuali dia walaupun sudah berkahwin dan ada anak-anak yang ramai.

''Ketika emak membantah keputusan kak Eliza, kakak kata dia tahu apa yang dia lakukan dan dia tahu memilih antara batu dengan intan, dan dia sudah cukup matang untuk membuat pilihan lagi pun dia yang berhak dan akan menentukan hala tuju kehidupannya.

''Emak dan kami sekeluarga menolak sebab bakal suaminya sudah ada empat orang anak yang masih kecil, dan sudah tentu kami tak suka mendengar cemohan orang bahawa kakak perampas suami orang. Tapi apakan daya, usaha kami gagal. Nasihat kami bagaikan angin lalu kepadanya.

''Seawal perkenalan mereka, kami sekeluarga telah menghidu bahawa bakal suami kak Eliza ini jenis orang yang tidak boleh dipercayai katanya-katanya, suka 'cakap besar' atau paling sesuai di panggil 'poyo'.

Kalau berbual dia sahaja yang pandai, dia sahaja yang serba tahu. Pantang terdengar isu-isu negara dan semasa semuanya dia tahu, semua dia nak cakap, dan kalau pasal bercakap mengalahkan Tun Dr. Mahathir yang berpengalaman luas itu. Pantang ditanya dan dicolek, semua dia tahu. Itu yang membuatkan kami tambah meluat dengan sikapnya itu.''

Ke'poyo'annya itu jadi lebih ketara selepas mereka kahwin. Lagaknya hari pertama dia menjejakkan kaki ke rumah kami, sikapnya memang jenis mengangkat diri, cakap besar. Mengaku gaji besar, adik-beradiknya kaya-raya, pakaiannya berjenama dan ada kelas.'

'Tetapi pada kami yang mendengar ceritanya itu, kami anggap semua kata-kata itu hanya pembohong belaka, dia cuba tarik perhatian kami dengan cerita tentang isu semasa, tetapi kami tak berminat nak dengar.

Kami anggap ceritanya seperti angin lalu, kerana kami tahu siapa dia yang sebenar dia hanyalah seorang penjawat jawatan awam yang bergaji kecil sahaja.''Apa yang menjadi tragisnya, kini segala sakit pening dan makan minum suaminya bersama empat orang anaknya adalah di bawah tanggungan kak Eliza sendiri.

Bukan setakat itu sahaja, malah segala perbelanjaan tambahan untuk sekolah anak-anaknya yang empat orang itu juga menjadi sebahagian tanggungan besar kak Eliza.''Walaupun kak Eliza seolah-olah berjaya menjadi 'primadona' dalam rumahnya sendiri, tetapi hati kecil kami dapat meneka bahawa kakak mungkin atau sememangya menyesal bersuamikan lelaki poyo yang tiada apa itu melainkan pembohongannya semata-mata.'

'Kami memang nak padankan muka kak Eliza kerana salah membuat pilihan dek kerana sikap kepala batunya sendiri, tetapi dalam masa yang sama kami kasihan melihat kehidupan dia sekarang, luar nampak gembira tetapi bila sendiri kami lihat dia memang sedih. Inilah akibatnya engkar dan tak mahu dengar nasihat emak dulu.

''Kak Eliza jadi lebih tersepit kini kerana kami dapat tahu suaminya telah pun menceraikan isteri pertama tanpa sebab. Secara luaran memanglah kak Eliza dah menang, tetapi dia terpaksa tanggung segala masalah, malah hidupnya lebih teruk lagi.

Kami tahu rahsia ini dari kawan-kawannya sendiri, yang simpati dengan hidup kak Eliza.''Apa yang menjadi masalah besar kak Eliza, kalau dulu anak-anak tirinya datang pada hujung minggu, tetapi kini menjadi tanggungjawab dia sepenuhnya, kerana madunya tidak mengambil anak-anaknya, sebaliknya menyerahkan kepada bekas suaminya.

Namun bekas suaminya lepaskan semua tanggungjawab itu kepada kak Eliza. Siapa tak pening menguruskan empat orang anak yang masih kecil sedangkan dia sendiri sudah ada anak sendiri. Memang pening.''Kini apa lagi, anak-anak pakej perkahwinan kak Eliza sudah mula tunjuk belang dan sudah mula bermaharajalela dalam rumah kak Eliza.

Kalau dulu pembantu rumah menjaga dua orang anak kakak sahaja, kini sudah bertambah jadi enam orang, itu belum masuk ragam dan perangai suaminya lagi yang banyak kerenah dan serba tak kena itu.jawatan tinggi''Apa yang kami bimbang bukan setakat pembantu rumah minta tambahan gaji, malah lebih teruk kalau dia cabut lari, apa nak jadi dengan hidup kak Eliza.

Dia tak boleh buat kerja main-main memandangkan jawatan tinggi yang dijawatnya di pejabat. Dan dia tak boleh cuti sesuka hati bila pembantu rumah buat hal atau anak-anak tirinya sakit. Nak harapkan suaminya, jangan fikirlah, dia cuma fikirkan tentang keselesaan hidup dan dirinya sahaja. Lain-lain tugas dia serahkan kepada kakak sahaja.

''Apa yang lebih memeningkan kepala kak Eliza ialah sikap suaminya yang tak mahu bertolak ansur, tak mahu sama bertanggungjawab. Dia cuma fikirkan hidupnya mahu senang. Orang lain susah dia tak ambil peduli. Dia pernah cakap, kak Eliza patut bersyukur dapat suami, kalau tidak tak kahwinlah dia entah sampai bila.

Sebab itulah dia terus berlagak mengharapkan orang berterima kasih dengannya kerana mengambil kakak jadi isterinya.''Lebih menyakitkan hati kami sejak berkahwin, suami kak Eliza tak mahu lagi masuk hospital kerajaan kalau sakit, bukan dia sahaja, malah anak-anaknya pun sama.

Dia mahu dirawat di hospital swasta yang bertaraf hotel tu. Bilnya tentulah kakak yang bayar. Sapa boleh tahan kalau semua anak-anak tirinya pun di rawat di hospital yang sama? Gaji besar pun tak mampu.''Suaminya akan berhujah sekiranya kak Eliza ingin membawanya mendapatkan rawatan ke hospital kerajaan.

Peliknya kakak seperti orang yang kena 'bomoh' dia hanya mampu mengiyakan kata-kata suaminya sebagai tanda bersetuju dengan cadangan suaminya yang poyo itu untuk dibawa ke hospital swasta bertaraf hotel itu untuk mendapatkan rawatan.

''Disebabkan tindakan suaminya yang kurang matang itu, kami adik-beradik terpaksa keluarkan wang kami sendiri untuk membantu kak Eliza menyelesaikan bil-bil hospital yang amat tinggi atas permintaan kak Eliza, tapi kami terpaksa merahsiakan dari pengetahuan emak.

''Alasan yang selalunya suaminya gunakan kalau dia mendapatkan rawatan di hospital swasta yang mahal itu ialah kerana keselesaan yang dia dapat, perkhidatannya cepat tetapi apa yang paling kami tidak boleh terima apabila suami kakak Eliza kata ''kalau kawan-kawan abang datang melawat abang kat hospital ini abang sure mereka semua ternganga!'.

Demikian cerita Edriana yang amat bersimpati dengan nasib kakaknya. Kerana dia bukan wanita sembarangan, tetapi punya jawatan penting dan masa depan yang cerah. Janganlah hendaknya masalah rumah tangganya menjadi pemusnah karjayanya satu hari nanti.Ramai berkata kejayaan seorang suami disebabkan oleh wanita di belakangnya. Begitulah juga kejatuhan seseorang wanita dalam kerjayanya disebabkan oleh lelaki di belakangnya, yang bukan sahaja tidak menyokong tetapi menghancurkannya.

ARKIB UTUSAN: 24/05/2009